PAS Langkawi - UPU Ulu Melaka

VIDEO TERKINI WARTA KEDAH

PAS sudah lama laksanakan Juara Rakyat


Jumaat, 19 Februari 2010 12:20 PM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman menyelar Umno dan Barisan Nasional (BN) yang cuba memperbesarkan program Juara Rakyat yang sedang mereka laung-laungkan kebelakangan ini.

Menurut beliau, program bagi menawan hati dan mendengar masalah rakyat itu telah lama dilaksanakan oleh PAS, namun begitu ia tidak diperbesarkan sepertimana yang diuar-uarkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Mereka akan menggunakan apa jua cara bagi menawan semula hati rakyat dengan harapan rakyat di negeri Kedah ini akan terpengaruh dengan tindakan mereka itu.

"Namun begitu, saya yakin rakyat negeri ini tidak mudah dipengaruhi oleh mereka melalui sesetengah dakwaan mereka yang tidak tepat," ujarnya.

Dr Mohd Hayati juga menolak dakwaan Umno dan BN yang mendakwa pemerintahan kerajaan negeri Kedah lemah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

"Tohmahan yang mereka (Umno-BN) lemparkan adalah rekaan semata-mata. Sebelum ini Ketua Umno Bahagian Pendang, Datuk Mohd Rozai Safian mendakwa, ada 22 buah kilang di negeri ini ditutup kerana pelabur tidak yakin dengan pentadbiran kerajaan negeri yang ada," ujarnya.

Untuk makluman mereka, kata beliau, negeri Kedah adalah negeri kelima dalam Malaysia yang mana pelaburannya semakin bertambah.

Begitu juga, katanya dengan dakwaan mereka yang mengatakan masalah gangguan bekalan air begitu serius berlaku dalam daerah ini semasa ditadbir oleh PAS juga merupakan satu pembohongan.

"Sebenarnya masalah bekalan air ini berlaku adalah kerana pusat memproses air di Jeneri, Sik masih belum disiapkan sepenuhnya. Ia dijangka siap pada Rancangan Malaysia ke-10 ini," katanya.

Beliau juga menasihatkan agar rakyat negeri ini supaya tidak menerima tohmahan dan dakwaan Umno-BN, kerana ia bertujuan untuk memanipulasikan rakyat supaya terpengaruh dengan dakwaan mereka yang berniat jahat dan cuba menjejaskan nama baik kerajaan PR.

Sumber: http://www.erapakatan.com/

0 comments:

Leave a Reply

Video Pilihan

LOKASI
Untuk Peta Yang Lebih Besar

BORAK-BORAK

ShoutMix chat widget

Pautan Blog DAN LAMAN WEB