PAS Langkawi - UPU Ulu Melaka
VIDEO TERKINI WARTA KEDAH
▼
SILA KLIK - SALURAN YOUTUBE TERPILIH
http://www.youtube.com/user/tvpas09
http://www.youtube.com/user/malaysiakini
http://www.youtube.com/user/greenboc
http://www.youtube.com/user/mediarakyat
http://tvkedah.blogspot.com/
padang.gaong@gmail.com
-
MB Kedah Rasmi Karnival Tahun Baru Cina 2010
moreOleh: NIK NURUL NADZIRAH NIK MD ZABARIALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah sentiasa mengamalkan polisi terbuka untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa sejajar dengan cogan kata “Kedah Sejahtera”.Berucap merasmikan Karnival Tahun Baru Cina di Pekan Cina, Alor Setar, Menteri Besar Kedah berkata, Pekan Cina dan Pekan Melayu suatu masa dahulu merupakan tempat yang unik bagi masyarakat Alor Setar khususnya. Pekan Cina yang terletak sebelah-menyebelah dengan Pekan Melayu menjadi simbolik keharmonian kaum sejak dahulu lagi.Menurutnya, Pekan Cina yang terletak di persisiran Tanjung Chali mempunyai potensi untuk dipertingkatkan menjadi satu tapak pelancongan yang menarik di Kedah, suasana yang meriah seperti malam Karnival ini patut dijadikan titik permulaan untuk mengembalikan kegemilangan Pekan Cina dan Pekan Melayu yang suram ketika ini.“Segala aktiviti yang bercirikan kebudayaan, kesenian dan warisan akan dilangsungkan di kawasan ini demi mengimbau nostalgia serta membolehkan generasi muda terus menghayati sejarah Pekan Cina dan Pekan Melayu yang menjadi titik permulaan perkembangan Bandar Alor Setar,” katanya.Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri Kedah akan berusaha untuk menghidupkan semula kawasan ini. Selain itu, kerajaan negeri akan menerima segala cadangan dan kerjasama untuk meningkatkan kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai serta pelancong.Menurutnya, beliau mahu lihat rakyat yang berada di bawah pimpinannya hidup aman damai dan saling menghormati antara satu sama lain kerana perkara ini adalah penting untuk semua rakyat mencapai nikmat yang dapat dimiliki hasil daripada semangat harmoni dan kerjasama yang ditunjukkan.Selain itu juga, pihak kerajaan peka dengan kehendak masyarakat Cina melalui pelbagai saluran khususnya melalui Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang merupakan NGO terbesar yang mewakili kaum Cina di negeri ini.“Sempena Karnival Tahun Baru Cina ini, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukkan wang dan memberi kerjasama kepada pihak Dewan Perhimpunan Cina Kedah untuk penganjuran acara-acara besar yang dapat memberi kebaikan kepada segenap lapisan masyarakat,” katanya.
Dipetik dari: blog DPP Kedah -
Majlis BN, AURA Dato Seri Nizar..! - sya~reformis
more
17.2.2010 Bukit Gantang :Pagi ini Dato Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengunjungi Pulau Pasir Hitam yang mana merupakan satu lagi Pulau di dalam Parlimen Bukit Gantang yang memakan masa 45 minit masa perjalanan untuk sampai kesana.Dato Seri ditemani isteri beliau Datin Seri Fatimah Taat meluangkan hampir 3 jam disana.Beliau juga turut bersama-sama dengan masyarakat cina disana yang mana keseluruhan penduduk disana berbangsa cina bagi menyambut kedatangan tahun baru cina.
Dato Seri Nizar berucap dalam majlis BN.Setibanya Dato Seri Nizar disana beliau disambut oleh wakil jawatankuasa penduduk Pulau Pasir Hitam dan dibawa ke Tokong dan Dewan Cina berhampiran yang mana ketika itu satu program anjuran BN sedang diadakan.Ia merupakan satu Majlis ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan yang telah menyumbangkan bumbung yang dibuat dikawasan tokong tersebut.Ketibaan Dato Seri Nizar disambut oleh beliau dan disambut dengan tepukan gemuruh oleh rakyat yang ada.Dato Seri Nizar turut diberi peluang oleh jawatankuasa penduduk untuk menyampaikan ucapan di dalam majlis tersebut dan Dato Seri Nizar di dalam ucapannya menyatakan bahawa,“Saya amat berterima kasih kepada Dato Seri Ong Ka Chuan yang sudi memberikan bantuan kepada penduduk disini,namun saya juga mengharapkan agar BN telus dalam memberikan bantuan dan menjaga kebajikan rakyat dengan tidak bertindak berat sebelah dalam memperjuangkan hak rakyat.”
-Dato Seri NizarApa yang menambah meriah program tersebut ialah sambutan rakyat yang hadir dalam program tersebut yang mana ketika Dato Seri Nizar berucap sambutan dan tepukan dari rakyat amatlah tidak diduga memandangkan ia merupakan majlis BN namun keyakinan rakyat kepada Ahli Parlimen mereka itu tidak pernah luntur.Sambutan yang diluar jangka dapat dilihat apabila Dato Seri membangkitkan soal kebajikan Rakyat yang menjadi asas untuk diperjuangkan dan beliau mendapat tepukan gemuruh dari semua yang hadir.Di dalam majlis itu juga Dato Seri Nizar telah menyerahkan sumbangan kepada Wakil Jawatankuasa penduduk sebanyak RM1000.00.Selepas itu Dato Seri Nizar telah berjalan disekitar Pulau tersebut dan bertemu rakyat juga menyelami permasaalahan mereka.
-
AWAS Perangkap Perkauman - Mat Sabu
more
Permatang Pauh - Sewaktu berceramah di Kampong Pelet baru- baru ini bersama Ketua Menteri dan juga Timbalan Ketua Menteri, Mat Sabu memberi peringatan buat semua untuk mengawasi perangkap api perkauman yang sedang di mainkan oleh akhbar Utusan dan mereka yang menentang usaha permuafakatan yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat.
Turut hadir berceramah pada malam menjelang Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina itu ialah Ketua Menteri YB Lim Guan Eng , Timbalan Ketua Menteri Dr Mansor Othman,YB Salehman,YB Malek Kassim dan Ajk Pas Kawasan.
Beliau menjelaskan demikian sewaktu berceramah di Kampung Pelet.Menurut Mat Sabu, ianya cuba di lakukan pada sama peristiwa 1987 di mana "Operasi Lalang" di jalankan.Menurut beliau , pada waktu tersebut Lee Kim Sai mencadangkan agar adanya timbalan perdana menteri ke 2 di kalangan kaum cina.
Ini menyebabkan Dato Najib yang seawaktu itu sebagai ketua pemuda mengadakan perjumpaan di Kuala Lumpur sehingga hampir mencetuskan pergaduhan, di tambah pula dengan mainan akhbar mereka. Menurut Mat Sabu Apa yang berlaku seterusnya ialah beberapa pimpinan pembangkang di tahan termasuk beliau .Lee Kim Sai ke Australia dan Najib ke Indonesia.”Najib pemimpin penakut” demikian jelas Mat Sabu.
Ini mesej dan agenda yang sama di mainkan .Bermula dengan perarakan kepala lembu, kemudian isu Allah, di bawa kepada apa yang berlaku di Pulau Pinang tentang perobohan sebuah kedai yang dikatakan telah diruntuh, dan yang terbaru ialah peristiwa perarakan Maulidurrasul yang akan datang. “Isu nama Allah dan kritikan dunia luar berhubung dengan kes pembakaran gereja menjadikan negara kita malu di mata dunia dan orang luar negara mempersoalkannya.Kerajaan kemudiannya mengendurkan kes ini.
Bagi masyarakat di Malaysia, jika dahulunya perkara ini di jalankan mungkin ianya menjadi satu masalah yang amat besar buat negara. Malah isu nama Allah dan pembakaran gereja mendapat liputan luar dan seterusnya merosakkan nama Malaysia di mata dunia. “Namun kita bersyukur kerana yang di tahan tidak seorang pun orang kita” demikain jelas beliau dan di sambut puluhan ribu yang hadir dalam siri ceramah penerangan “Siapa Juara Rakyat..
Kini maklumat di terima dengan cepat. Kita sudah punya media alternative dan sebab itu segala cubaan yang di lakukan oleh mereka tidak mendapat reaksi yang keras dari rakyat. Rakyat bukan di zaman Ghafar Baba dahulu, malahan di kalangan golongan muda dengan berbagai kemudahan internet menjadikan mereka cepat dan memahaminya.Maklumat mudah dan kita bukan berada di zaman jakun lagi.
“Begitu juga dengan isu pembanggunan.Jika dahulu hanya Kelantan sahaja yang dikatakan tidak membangun,kini Pakatan Rakyat (pembangkang) yang menguasai Selangor dan Pulau Pinang, sudah tentu lah kini kerajaan tidak boleh memainkan isu pembanggunan lagi.Hanya isu perkauman sahaja yang akan menyelamatkan hayat Umno /Bn.Mereka di selamatkan oleh pengundi Sabah dan Sarawak” , jelas Mat Sabu
Kita juga percaya bahawa cubaan ini yang cuba di lakukan di Pulau Pinang tidak berkesan.Rakyat telah mengetahui bahawa gerai yang beroperasi di tanjung bunga itu memang telah lama di beri amaran sejak Dato Azalina Othman Said lagi yang menghantar surat agar gerai tersebut di robohkan.
Malahan Timbalan ketua menteri sendiri menghantar pegawai khasnya untuk berunding dan di berikan tapak baru. Gerai kedua pula ialah di Permatang Pauh dimana gerai tersebut adalah gerai kosong yang juga di laporkan oleh orang tempatan agar di robohkan.
Menurut Mat Sabu lagi, jika kita tidak berhati-hati keadaan huru hara dalam negara akan berlaku demi puncak kuasa.Kebajikan dan kedudukan keselamatan rakyat tidak diambil kira , malahan jika ada di antara pihak pembangkang yang berkata demikian sudah tentu di masukkan ke dalam penjara di Kamunting.
Jika dahulu media menggambarkan bahawa MCA, Gerakan di anggap sebagai parti kaum cina yang baik manakala DAP dianggap sebagai parti yang sama macam PAP di Singapura yang meminggirkan kaum Melayu. Manakala PAS pula digambarkan sebagai parti pelampau islam dan menakutkan kaum cina.
“Selagi Umno/bn berjaya menakutkan kedua-dua kaum ini ,maka Umno Bn akan mememritah sampai kiamat.Inilah yang kita hendak pecahkan agar kaum Melayu tidak takut untuk mengundi calon DAP dan juga kaum Tinghua mengundi kaum Melayu sama ada calon PKR atau PAS. Jika ini yang berlaku, umno melihat hayat mereka makin pendek.”
Kini suasana ini telah berubah, Minda rakyat telah berubah dan tahu menilai yang mana satu yang bernar dan mana satu yang fitnah.Kita tidak mahu apa yang telah di lakukan di Perak, cuba di lakukan juga di Selangor dan kini di Pulau Pinang.Namun ini tidak berjaya.Katanya lagi di sambut dengan laungan Takbir…
Sumber: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/ -
Memori 1 Ogos 2009 - Tribute kepada insan-insan yang hebat
Koleksi Dari blog MERAH TINTA: http://lailagmi.blogspot.com/more
Suasana pada pagi 1 Ogos amat nyaman sekali. Cuaca yang sederhana tidak terlalu panas dan tidak terlalu mendung, seolah-olah merestui himpunan anti-ISA yang diadakan cuma sekali dalam 49 tahun! Aku tidak melepaskan peluang ini untuk pergi "window shopping" terlebih dulu di Pertama Kompleks sebelum tiba waktu perhimpunan......
Dalam beg plastik Guardian, ada topeng , dua botol air mineral , sebotol air oren dan sedikit reben merah bertulis "Mansuhkan ISA" yang ingin diberikan pada demonstran.Ku tinggalkan beg galasku dan plastik Guardian itu bersama Nashita @blogger Ummuasiah yang duduk disebuah bangku dibuat dari batu.Aku minta izin untuk "melawat' kedai menjual aksesori telefon bimbit dan meninjau isinya...Beberapa minit kemudian, aku mendengar Ummuasiah menjerit ...Rupanya beberapa orang anggota polis cawangankhas (SB) sedang cuba menggeledah beg-beg milik kami serta plastik Guardian.SB juga menyelak baju Ammar untuk melihat apakah warna baju yang dipakai olehnya... Apa hak SB berbuat demikian?Sebaik saja aku, Aiman dan Suhaib mendekati Nashita, kami dikelilingi oleh sekumpulan SB yang kemudiannya mengajak beberapa orang polis beruniform menambah kepungan itu.Lima belas minit kemudian, sebuah trak polis berhenti dihadapan kami.....
Ketika itu, polis makin ramai mengawal kami dan suasana ini menggamit perhatian orang ramai ...Tanpa disangka, kami berlima, iaitu aku, Nashita, Aiman, Kak Salmah dan Kak Hayati (yang duduk berhampiran dengan kami) diarahkan supaya naik kedalam trak.Suhaib dan Ammar yang berada dalam kepungan itu juga turut dipaksa menaiki trak....Bermulalah episod ganas polis yang membawa kami ke Pasukan Gerak Am Cheras......
Sebaik saja tiba di Cheras, polis meminta kami menyerahkan kad pengenalan dan mahu memeriksa beg serta plastik Guardian .Namun, usaha untuk menjaga baang-barang peribadi tersebut telah mengundang kemarahan polis yang bertindak telah mengunci pintu trak dari luar selama lebih dua jam....Kami mengerjakan solat didalam trak....
Panasnya trak itu? Tuhan saja yang tahu.....Tengok baju Suhaib, basah kuyup dengan peluh....Namun kami tetap tidak mngizinkan polis menyelongkar bg serta barang-barang kami...
Ketika tiba di PGA Cheras, rupanya beratus orang telah ditahan ditempat itu....Selepas dua jam dan terak itu akan digunakan untuk mengangkut mangsa lain, kami dikeluarkan dari terak dan diminta bertemu sekumpulan polis untuk diambil keterangan.
Baiklah....Kami setuju untuk memberi maklumat dan menurunkan tandatangan dimana-mana kertas yang disediakan oleh polis sekiranya itu adalah arahan dari peguam yang faham dengan hak asasi manusia!!!
Tindakan kami menjaga hak peribadi dari dicabuli oleh polis rupanya telah mengundang dendam yang tidak sedikit dihati polis-polis @SB tersebut!!!
"Ketika kami sembahyang Zohor ditepi jalan, lori sembur kami dengan air asid. Pedih seluruh badan. Bila kami selesai sembahyang, polis pula tangkap kami dan paksa masuk dalam terak..." kata Puan M dari Kedah.
"Dulu, kami dengar je kisah kejahatan polis ni.Tapi sekarang, kami dah rasa sendiri.... Polis memang ganas!!!"kata Puan K, disebelahnya."Tapi kami tak serik nak datang demo lagi...." kata mereka berdua sambil tersenyum....Jam 7 .30 malam, kami berlima tiba di Pusat tahan Bukit Jalil, jauh menympang dari IPK,KL atau IPD Dang Wangi.
Tahanan sudah pandai meminta kehadiran peguam.Polis yang sudah penat kerana menangkap mangsa seawal jam 2 pagi, mula rasa marah kepada kami. Akhirnya, kami akur untuk dipindahkan ke IPK,KL.Namun , dipertengahan jalan kami diberitahu trak bergerak ke IPD Dang Wangi.Ketika melalui pagar PGA, kami nampak sekumpulan peguam tidak dibenarkan masuk ke kawasan tahanan!!!! Polis menghalang peguam bertemu tahanan!!!
"Kami ditahan jam 8.15 pagi tadi ketika sedang mandi .Polis selongkar beg-beg kami dan rampas sebahagian barang-barang dalam beg itu .Polis paksa kami beri kad pengenalan, jika enggan mereka ugut nak pukul kami. Bila sampai kat sini, polis minta semua maklumat peribadi dan tentang himpunan MANSUH. Kami dah bagi semua kat polis, maklumat diri, cap jari tangan..... cuma jari kaki je yang belum...!!!" Kata seorang peserta demo dari Perak yang ditahan di Masjid Negara.
Ketika kami berlima tiba di pusat itu,keadaan memang amat menyedihkan.Semua tahanan bukan saja duduk dan baring diatas lantai simen, tetapi mengadu tidak sempat menjamah sebarang makanan sebelum ditahan polis!!!
Kami buat bising mengatakan semua tahanan lapar, barulah polis mengedarkan makanan kepada mereka yang telah ditahan seawal jam 4 pagi!!!
"Kami cuba lari dari semburan air asid dan tear gas ....tetapi polis sudah menunggu ditempat yang kami rasa selamat...." kata sekumpulan wanita dari Pahang dan Melaka. Sama seperti peserta demo lelaki dari Perak, kakak dan adik-adik tersebut juga tidak menyangka akan menamatkan demo mereka dengan begitu cepat.....
Pada jam 3 petang, seramai hampir 300 peserta demo dari seluruh negara telah ditangkap dan dihantar ke pusat itu.Anggota Unit Amal PAS dimana uniform mereka berwarna merah, adalah antara yang paling ramai ditahan .
Bila kami tiba disana, kami berlima berpecah , pergi dari satu kumpulan kesatu kumpulan yang lain dan memberitahu semua tahanan MANSUH bahawa mereka tidak boleh memberikan maklumat atau menandatangani apa-apa borang tanpa kehadiran peguam!!!Selepas mendengar penerangan kami, sebahagian besar dari mereka amat kesal kerana telah menandatangani borang dan menjawab semua pertanyaan .Mereka belum jelas bagaimana hendak menjaga hak asasi mereka dari dicabuli oleh polis.
"Kamu menyesal datang demo?" tanyaku.
"Tidak. Kami tak rasa demo kali ini, kami nak lagi..." kata mereka beramai-ramai.
"Hidup! Hidup! Hidup rakyat!
"Buang! Buang! Kezaliman."
"Mansuh! Mansuh! Mansuh ISA!!"
"Tolak! Tolak! Tolak BN!!!"
Takbir!!!Kalimat tersebut bergema diketuai oleh Kak Salmah PA YB Zuraidah dan Aiman Exco Muslimat , kemudian disahut oleh semua demonstran.Suasana yang awalnya sedih, tidak bermaya dan sunyi sepi tiba-tiba bertukar menjadi hangat dan bising.Semua tahanan mula berkumpul ditempat kami berlima berdiri.Keadaan ini menimbulkan rasa curiga dihati ASP Aziz yang kemudian meminta Sarjen Rohaya meminta kami berlima menaiki trak untuk dihantar ke IPK,KL."Ada orang nak jamin kamu berlima" kata Koperal Rohaya."Siapa tu" tanya kami.Tiada jawapan.Kami berlima sedar mahu dinyahkan Polis dari PGA Cheras.....Beberapa minit kemudian, kami telah berada di trak untuk dibawa ke IPK,KL.... -
ISA pemusnah institusi keluarga, cerai-berai suami isteri
more
Oleh NORLAILA OTHMAN
"PUAN Laila, sepupu saya juga pernah ditahan di bawah ISA. Kasihan pada anak isterinya ...," kata Puan J dalam nada suara yang amat perlahan, separuh sebak, air mukanya kelihatan keruh.
Dalam siri jelajah perkongsian mangsa ISA, saya berkesempatan bertemu wanita-wanita yang tinggal di pedalaman Kedah, Johor dan Pahang. Rupa-rupanya ramai lagi rakyat Malaysia yang pernah ditahan di bawah ISA, tetapi penahanan itu tidak direkodkan kerana pelbagai sebab antaranya, tahanan tidak mahu menghebohkan penahanan itu, mungkin kerana mematuhi arahan pegawai penyiasat cawangan khas dan mungkin juga rasa malu kerana ditahan di bawah ISA yang amat ditakuti oleh rakyat Malaysia."Kenapa saya tidak pernah jemu memberitahu supaya Abah Suhaib dibicarakan? Kerana saya mahu ada pendakwaan oleh pendakwa raya, bukti-bukti dikeluarkan selari dengan tuduhan dan akhirnya, hakim yang membuat keputusan di mahkamah itu. Jika hakim menyatakan beliau tidak bersalah, nama baik beliau dapat dibersihkan.
"Namun jika beliau bersalah dan terpaksa menjalani hukuman, sekurang-kurannya saya tahu tarikh akhir pemenjaraannya dan beliau sendiri tahu tarikh tetap untuk keluar daripada kehidupan sebagai seorang banduan," kataku kepada semua yang hadir ke sesi perkongsian itu.
Semua tahanan ISA dinafikan proses mahkamah dan mereka tidak pernah mengetahui tarikh akhir berada di Kem Kamunting. Kehidupan mereka berada dalam keadaan tidak pasti sepanjang masa.
Bezanya ISA dengan akta lain ialah, dalam ISA seseorang pesalah itu tidak dibenarkan mendapatkan peguam untuk mewakili dirinya, tiada pendakwaan oleh pendakwa raya, tahanan tidak boleh diikat jamin, tiada bukti yang dikeluarkan selari dengan tuduhan, tiada proses perbicaraan, tiada hakim dan tiada mahkamah yang menjadi tempat segala proses perbicaraan.
Peguam bela, pendakwa raya, bukti-bukti, hakim dan mahkamah semuanya berada di tangan Menteri Dalam Negeri yang kuasanya terlalu besar. Menteri ini pula biasanya tidak tahu apa-apa mengenai mangsa ISA. Menteri Dalam Negeri bebas menjatuhkan hukuman melanjutkan penahanan setelah mendapat laporan daripada polis cawangan khas (Special Branch).
"ISA sebenarnya bukan saja akta zalim tetapi juga akta yang menindas golongan wanita kerana mereka (isteri)lah yang akan menerima kesannya ketika suami tiada di rumah. Perasaan isteri amat tertekan dengan penahanan suami, namun terpaksa juga keluar mencari nafkah untuk menyara anak-anak dan meladeni mereka yang pastinya akan bertanya setiap hari, bilakah ayah mereka akan pulang ke rumah.
"Selain menjalankan kewajipan menguruskan anak-anak, wanita malang ini juga terpaksa bersusah payah membawa anak-anak bermusafir beratus-ratus kilometer dari tempat tinggal mereka ke Kem Kamunting.
"Di Kem Kamunting, mereka kemudian terpaksa melalui pemeriksaan di tiga pintu utama dan berpuas hati dengan pertemuan selama 45 minit ...," kata saya lagi.
Tiada siapa yang akan menyangkal dakwaan ini, hatta Menteri Dalam Negeri sekalipun kerana saya sudah mengalaminya lebih tujuh tahun ... dan hingga saat ini, saya masih didiskriminasikan dalam setiap perjumpaan.
Dari tahun 2002 hingga kini, saya dan Suhaib hanya dapat bertemu Mat Sah @ Abah Suhaib selama 45 minit saja. Walaupun beliau, iaitu Abah Suhaib telah ditahan lebih tujuh tahun, tiada sebarang tanda simpati pihak kem kepada kami berdua.
Sewaktu tahanan Hindraf belum dibebaskan, mereka berpeluang bertemu di tempat terbuka antara sejam setengah hinggalah dua jam. Mereka boleh bersalam, bersentuhan dan boleh makan bersama.
Begitu juga dengan tahanan ISA yang dituduh sebagai ahli 'Jemaah Islamiyyah' (JI) yang ditahan selama dua tahun di kem, mereka dan isteri serta anak-anak dapat bertemu di tempat terbuka selama sejam setengah, suami dapat bersalam dengan isteri dan anak-anak serta berpeluang makan bersama.
Tetapi aku dan Suhaib, walaupun status kami dengan tahanan JI lain serta Hindraf adalah sama iaitu sebagai tahanan ISA, kami tetap dianak-tirikan oleh pengurusan kem yang sering berselindung di sebalik kata-kata, "kami hanya mengikut arahan orang atas".
"Jika puan mahu suami segera dibebaskan, tulislah surat pada Tuan Ayub dengan segera. Tuan Ayub adalah pegawai tertinggi SB yang menjaga semua tahanan ISA. Puan tulislah surat dan merayu pada Tuan Ayub bahawa puan dan suami memang benar-benar bersalah dan mohon dimaafkan segala kesalahan itu.
"Dengan permohonan maaf tersebut, rasanya hati Tuan Ayub akan lembut dan akan segera memberi cadangan supaya Mat Sah dibebaskan," kata seorang SB kepada saya.
"Saya mohon maaf dan mengaku bersalah? Apa yang telah saya lakukan? Orang yang ditahan di bawah ISA ialah suami, kenapa saya pula yang kena mohon maaf bagi pehak dia?" saya bertanya semula pada SB tersebut.
Abah Suhaib ditahan lebih tujuh tahun, tidak pernah dibicarakan dan kini, untuk melihat dia bebas, saya pula yang terpaksa menulis surat memohon maaf. Tujuh tahun Suhaib membesar tanpa bapa.
Tujuh tahun kami berdua terpaksa menerima herdikan pihak tertentu yang tidak memahami ISA. Tujuh tahun Suhaib membesar tanpa sebarang nafkah, kasih sayang, bimbingan dan perhatian daripada bapanya.
Sepanjang tujuh tahun itu, apabila mata Abah Suhaib rabun, sayalah yang terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli cermin mata baru.
Ketika lutut beliau terseliuh ketika bermain, saya juga yang terpaksa membelikan ‘braces’ yang agak mahal untuk digunakan di lutut yang cedera itu.
Apabila gigi beliau rosak dan perlu dibuang, saya juga terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli gigi palsu.
Dan setiap bulan, saya juga terpaksa memberi wang poket supaya beliau berpeluang untuk membeli makanan selain daripada yang disediakan oleh Kemta seperti biskut kering, gula-gula dan kacang. Abah Suhaib juga punya keinginan untuk membaca majalah dan buku-buku dari luar. Sayalah juga yang menyediakan segala keperluan itu.
Ketika ditahan di bawah ISA pada tahun 2002 dulu, beliau dikatakan bersalah kerana menjadi ahli JI, dan kini, setelah tujuh tahun, saya pula yang terpaksa menulis surat mohon maaf kepada SB sekiranya saya ingin melihat beliau kembali ke pangkuan keluarga.
"Nama saya Suhaib. Kini saya berusia 16 tahun. Hampir separuh usia saya membesar tanpa abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan pertemuan selama satu jam setengah dalam sebulan. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kiriman beliau.
"Jika terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju dan guna kain pelikat milik abah. Saya letak gambar Abah di dompet duit. Sejak berusia 9 tahun, saya tidak pernah solat dan baca Quran bersama Abah. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama.
"Namun, satu perkara yang amat memedihkan ialah apabila saya melihat Abah di sebalik cermin kaca. Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca.
"Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya ... hatiku memang pedih yang teramat sangat. Walaupun sudah tujuh tahun saya dipisahkan daripada Abah, tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan.
"Walaupun ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di media dan akhbar, namun Abahku masih dinafikan pembebasannya. Saya yakin Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk Abah kerana dia terus menerus dizalimi.
"Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa terpinggir. Saya juga ingin meneruskan kehidupan sama seperti orang lain yang punya keluarga yang lengkap. Saya tetap berdoa supaya Abah segera dibebaskan ..."
Saya benar-benar tersentak dengan testimoni Suhaib yang ingin diluahkan di hadapan Vijay, salah seorang wartawan Malaysiakini. Suhaib kelihatan tenang dan bersahaja namun tidak disangka, luahan hati beliau amat pilu untuk dibaca ...
Allah mencipta kita sebagai insan yang bebas dan merdeka. Allah telah menurunkan al-Quran dan mengutus rasul serta nabi untuk dijadikan contoh supaya menjalani kehidupan yang sempurna. Allah telah menggariskan supaya manusia menjadikan keadilan sebagai neraca hidup dan mengelakkan menzalimi sesama manusia.
Tetapi ... kenapa mesti ada peraturan buatan manusia yang menafikan hak dan kebebasan manusia lain sampai begitu rupa? Lupakah kita pada satu ayat 113 dalam Surah Huud yang bermaksud: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim ..."
Ingatlah pada ayat 58 dari Surah An-Nisa yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum sesama manusia agar menetapkan dengan adil ..."
Allah menyediakan syurga dan neraka sebagai hadiah dan pembalasan kepada makhluk ciptaan-Nya, namun sebelum seseorang itu dihantar ke syurga atau neraka, semua makhluk akan melalui proses perbicaraan di padang Mahsyar.
Allah Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Pencipta, Maha Mengetahui, menyediakan 'trial' atau perbicaraan ke atas semua makhluknya di akhirat nanti. Kenapa ISA , akta tahan tanpa bicara masih dihalalkan? Siapakah yang menjadi ikutan? Allah ataupun syaitan?
Kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan bencikan kezaliman, marilah sama-sama serlahkan perasaan itu dengan menghadiri himpunan aman MANSUH pada 1 ogos nanti.
Pada sesiapa yang tidak dapat menghadiri kerana ada sebab-sebab peribadi, cubalah juga luahkan dalam bentuk lain seperti mengibarkan bendera separuh tiang, berpakaian hitam ketika keluar rumah dan sebagainya.
MANSUHKAN ISA, BEBASKAN TAHANAN ISA dan TUTUP KEM KAMUNTING! -
Catatan Anak Seorang Tahanan ISA - Oleh Suhaib Mat Sah
moreNama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......
Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....
Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....
7 tahun telah berlalu
Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.
Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...Bagaikan binatang di zoo
Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.
Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.
Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...
*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10242 -
My Zaid Ibrahim : Sayang Malaysia Negara Polis
moreHari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.
Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata; mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA. Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita. Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.
Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA. Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club; kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.
Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi. Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Sa orang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib maanusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.
Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam. Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ. Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.
Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat. Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.
Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman. Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.
Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah.
-
Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa - Dari Blog Ustaz Ahmad Awang
more
Tajuk di atas dipetik dari artikel majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei lepas. Ia merupakan tajuk Fokus keluaran berkenaan yang ditulis oleh editor majalah berkenaan, Zulkafly Baharuddin, hasil temubual beliau dengan Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria (TSHZ). Di antara lain, kandungan artikel tersebut dipetik:"Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.
Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini ..."Saya tidak berhajat dalam posting ini menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh TSHZ dalam majalah berkenaan kerana jawapan saya mengenainya akan disiarkan oleh majalah MM dalam keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya. Memang saya tidak berpuashati atas kelewatan menyiarkannya, walhal Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad, penaung majalah berkenaan bersetuju temubual dengan saya itu akan disiarkan dalam keluaran Jun atau Julai. Tunggulah jawapan dan pandangan saya mengenai luahan TSHZ nanti.
Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.
Latarbelakang Peribadi
Mengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.
Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).
Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).
Berbeza Pendapat
Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:- Peristiwa 1: Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah. Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.
- Peristiwa 2: Pada suatu hari, saya menelefon TSHZ dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil. Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu. Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.
- Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.
- Peristiwa 4: Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada TSHZ ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau. Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid. Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, TSHZ sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.
- Peristiwa 5: Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran. Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Benzantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009.
Demikianlah di antara cerita di sebalik peristiwa Harussani dengan saya. Ada lagi beberapa contoh peristiwa perbezaan pendapat di antara kami berdua, namun perkara yang paling penting membezakan Ahmad Awang dan Harussani ialah pegangan dan fahaman politik kami masing-masing. Saya tidak pernah menyembunyikan pegangan politik Islam saya semenjak belum menjadi ahli PAS lagi. Semasa saya memegang jawatan Pegawai Kerajaan tidak pernah saya menyembunyikan pegangan saya. Manakala Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayunya. Saya katakan politik Melayu bukan politik Islam. Walaupun beliau sering membangkitkan isu Islam, tetapi dasarnya adalah Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO.
Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008. Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu. Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.
Dari cerita di sebalik peristiwa yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria adalah seorang mufti yang berpolitik dan parti yang didokongnya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenal dalam bahasa Inggerisnya dengan United Malay National Organisation (UMNO).
Petikan: http://usahmadawang.blogspot.com/ -
AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SESI 2009 – 2011
moreAHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSATDAN PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUANSESI 2009 – 2011
PRESIDEN : YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
TIMBALAN PRESIDEN : YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA
NAIB PRESIDEN (1) : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
NAIB PRESIDEN (2) : YB SALAHUDDIN AYUB
NAIB PRESIDEN (3) : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
KETUA DEWAN ULAMAK : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
KETUA DEWAN PEMUDA : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
KETUA DEWAN MUSLIMAT : USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YAB DS IR. MOHD NIZAR JAMALUDDIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : YAB DS UST. AZIZAN ABD RAZAK
AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB DATO’ DR. HJ HASAN MOHD ALI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HJ MOHD. HATTA RAMLI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : UST. HJ ABD GHANI SAMSUDDIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK
AHLI JAWATANKUASA KERJA (9) : MOHAMED HANIPA MAIDIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (10) : YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH
AHLI JAWATANKUASA KERJA (11) : YB DR. LO’ LO’ HJ MOHD GHAZALI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (12) : UST HJ ABD GHANI ABD RAHMAN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (13) : YB DR DZULKEFLY AHMAD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (14) : YB DR. SY AZMAN SY AHMAD NAWAWI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (15) : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (16) : MAZLAN ALIMAN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (17) : YB UST HJ TAIB AZAMUDDIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (18) : YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA
PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – JAWATAN-JAWATAN UTAMA
SETIAUSAHA AGUNG : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
BENDAHARI PAS PUSAT : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
KETUA PENGARAH PILIHANRAYA : YB DATO’ UST HAJI ABD HALIM ABD RAHMAN
PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (5) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – TAMBAHAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT
AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA
AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : HAJI MOHAMAD SABU
AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : HJ MOHD ANUAR TAHIR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : HAJI ASMUNI AWI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : YB WAN UBAIDAH WAN OMAR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : HAJI AHMAD DOLLAH
PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 34 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – PESURUHJAYA PAS NEGERI
PESURUHJAYA PAS PERLIS : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
PESURUHJAYA PAS KEDAH : YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK
PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN
PESURUHJAYA PAS PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN
PESURUHJAYA PAS KELANTAN : YAB TG. DATO’ HAJI NIK ABD AZIZ NIK MAT
PESURUHJAYA PAS TERENGGANU : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
PESURUHJAYA PAS PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
PESURUHJAYA PAS SELANGOR : DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI
PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN : HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR
PESURUHJAYA PAS MELAKA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
PESURUHJAYA PAS SABAH : HAJI MUHAMAD ABDULLAH
PESURUHJAYA PAS SARAWAK : USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA -
KEPUTUSAN PEMILIHAN PAS BAGI SESI 2009-2011
moreSENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011PENGERUSI TETAP (154)
Nor Hashimah Deraman
TIMBALAN PENGERUSI TETAP (162)
Wan Hamidani Wan Ahmad
KETUA (136)
Nuridah Mohd Salleh, Ustazah
TIMBALAN KETUA (142)
Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.
NAIB KETUA (MTB)
Mumtaz Md Nawi, YB.
AHLI JAWATANKUASA KERJA (23)
1. Wan Ubaidah Omar, YB.(196)
2. Halimah Ali, YB. Dr. (173)
3. Mastura Hj Mohamad (173)
4. Aiman Athirah Al Jundi (162)
5. Najihatussalehah Ahmad, Dr.(158)
6. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr. (156)
7. Rosni Adam, Dr. (155)
8. Azizah Khatib Mat, Ustazah (147)
9. Salbiah Abd Wahab (147)
10. Nurul Huda Yusof Rawa (135)
11. Wardatul Jannah As Sofea (125)
12. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To' Puan (122)
PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail
SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011
PENGERUSI TETAP
Misbahul Munir Masduki (Menang Tanpa Bertanding)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Aris Awang (Menang Tanpa Bertanding)
KETUA
Nasrudin Hassan (Menang Tanpa Bertanding)
TIMBALAN KETUA
Azman Shapawi Abd Rani (Menang Tanpa Bertanding)
NAIB KETUA
Ahmad Sabki Yusof (Menang Tanpa Bertanding)
AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN (23 bertanding - 12 kerusi)
1. Riduan Mad Nor (197 undi)
2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194)
3. Mohd Firdaus Jaafar (176)
4. Mohd Nazri Chik Zain (176)
5. Suhaizan Kaiat (165)
6. Nasir Zakaria (152)
7. Kamal Ashaari (145)
8. Kamaruzaman Mohamad (139)
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139)
10. Mohd Adram Musa (135)
11. Abdullah Abdul Karim (127)
12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir (126)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz
SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011
KETUA
Ustaz Harun Taib(MTB)
TIMBALAN
Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)
NAIB KETUA
Dr Mahfodz Mohamad (MTB)
AHLI JAWATANKUASA
1. Ustaz Husin Awang (193)
2. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin (186)
3. Ustaz Nik Zawawi Salleh (186)
4. Ustaz Saleh Sani Harun (156)
5. Ustaz Abu Bakar Abdullah (153)
6. Dato' Ustaz Mohd Daud Iraqi (152)
7. Ustaz Abdullah Abd Razak (152)
8. Ustaz Hasan Mohamad (143)
9. Ustaz Ismail Noh (138)
10. Ustaz Mohd Zain Abd Rahman (138)
11. Ustaz Mohamad Mustafa (131)
12. Ustaz Abdullah Husin (129)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
Hj Ibrahim Omar (188) -
TKO Sudah Kembali Beroperasi
morehttp://www.tranungkite.net/v9/
Alhamdulillah... TKO sudah kembali pulih... yup... sekurang-kurangnya untuk kelihatan boleh dilayari... dan moga-moga akan terus mencapai kegemilangan bagai mula-mula aku mengenali dan berforum di TKO... maklumat yang tepat, mesra, laju dan hampir semuanya betul
Namun, entahlah... x pasti apa sebenarnya yang berlaku... aku sedikit kekok atau mungkin sudah hilang seni berforum atau x tahulah apa sebenarnya yang terjadi... aku jadi seperti manusia missing yang x ketahuan... haha...
Mungkin juga masih perlukan masa untuk sekali lagi menyesuaikan diri... untuk kembali sekali lagi mampu berforum dan mendapatkan maklumat dengan baik... Atau pernah juga aku terfikir bahawa aku sebenarnya merindui... saat-saat berforum dengan mereka-mereka yang terasa dekat denganku... forumer-forumer otai yang sudah menghilang...
Kita pernah sama-sama beraktiviti... beriadah... malah banyak juga air mata yang sempat aku saksikan... kerana aku menyertai komuniti ini...
Aku sebenarnya sangat menyayangi TKO... apatah lagi sejarah pengenalanku begitu panjang dan menyentuh jiwa... aku sangat berbangga punya tarikh kelahiran yang sama... malah itulah caranya aku mengenali TKO... dan waktu itu aku mencari tarikh lahirnya Al Marhum Ustadz Fadhil Noor... ah, suatu kesamaan yang mengasyikkan!!
Jom Kembali Berforum!!
Sumber Blog Berg: http://konsesidakwah.blogspot.com/2009/05/tko-sudah-kembali.html -
SEKOLAH PERLEMBAGAAN DI PERAK
more
Asalamualaikum semua
Berikut adalah petikan dari Malaysiakini karangan sdr Hishamuddin Rais utk tatapan pelayar. Sebenarnya banyak lagi perkara yang bolih ditimba dari kemelut politik Perak. Rupa dan wajah sebenar semua institusi-institusi, ngo swasta dan pro BN, badan keagamaan, individu, kehakiman termasuk hakim, jabatan kerajaan negeri dan federal, dll juga turut terdedah luas.
Sesungguhnya suatu pertentangan aqeedah (ideological conflict) sedang bercambah di bumi Perak. Ini semua dipertontonkan oleh Allah SWT supaya konflik ini dapat mengemukakan suatu perbezaan aqeedah masyarakat diantara HAQ dan BATHIL. Sama-sama kita kaji dan buat posisi masing-masing. Salam hormat dan terima kasih kepada pembaca dan Sdr Hishamuddin.
Kemelut Perak bertukar hujan emas
Hishamuddin Rais May 22, 09 6:37pm
Apa yang sedang berlaku di Perak amat baik sekali. Kelam-kabut dan kacau-bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak sekali imbas tidak mendatangkan faedah kepada orang ramai. Tanggapan sebegini satu pandangan yang salah.Apa yang berlaku di Perak ini adalah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak.
Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki atau institut beraja. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai.Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tiba-tiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman. Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihatkan sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan di kalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri. Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga.
Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul. "Raja adil raja di sembah, raja zalim raja disanggah" benar-benar menjadi realiti yang hidup di Perak. Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka dalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam perlembagaan Perak. Hasil daripada krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan raja, peranan menteri besar, peranan tuan Speaker DUN dan had-had yang diwujudkan melalui perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini.Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada di dalam genggaman mereka.
Najib Razak berniat merancang "rampasan kuasa" di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdullah Ahmad Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa kepadanya ingin dijadikan sebagai tiupan sangkakala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat. Tiupan sangkakala Najib ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 Mac 2008. Harapan Najib ini jelas telah ranap. Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah, lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat.Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat. Inilah tanda-tanda politik sihat apabila elemen-elemen demokrat dalam Barisan Nasional telah mula bersuara.Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak-tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak-tanduk yang telah diambil oleh Najib.
Inilah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sihat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation - walaupun kecil.Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat.Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan di antara parti PAS, PKR dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan.Perak adalah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengetepikan agenda sampingan dan menerkam agenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan.Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokkan sebagai parti kecinaan telah diterima oleh orang Melayu.
PAS yang selama ini dimomokkan dengan hukum hududnya telah menerobos masuk ke dalam kawah Cina. Inilah perkembangan yang amat menakutkan United Malays National Organisation.Dua buah parti ini - sebelum ini - selalu digunakan sebagai senjata ampuh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai, untuk saling menumbuhkan kecurigaan sesama sendiri.Di Perak, orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak, orang Cina tidak lagi takut untuk menerima PAS. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman.Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga.
Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Mohammad Nizar Jamaluddin dan V Sivakumar. Kalau di permulaan era Reformasi dahulu, yang muncul hanya Anwar Ibrahim - masih lagi dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan warga bukan Melayu bahawa reformasi adalah agenda untuk semua.Berbanding dengan krisis Perak, secara sepontan Nizar dan Sivakumar telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar.Perkembangan ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya daripada apa yang berlaku pada 1998. Pada malam 20 September, Anwar ditangkap di rumahnya. Episod penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi.
Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Mohamad.Di Perak, episod ini berulang lagi. Pada 7 Mei lalu, sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi tuan Speaker dan dikurung agar kuasanya dapat dirampas.Kini sekali lagi, satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang diwakili oleh Najib Razak.Sama ada DUN dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara. Aktivis dan angkatan muda Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.Ombak Perak ini wajib terus berdesir sehingga menjadi gelora membadai. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan dibakar.Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum diadakan nanti. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini, lebih subur politik Malaysia.
Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya dan Pakatan Rakyat melalui email, sms dll. Usha sedang dibuat untuk mengangkat konflik ini ke persada apex (Mahkamah Persekutuan). Hingga kini hakim-hakim mahkamah rayuan masih belum siap ulasan penghakiman (written grounds of judgement) yang dibuat pada 22 mei lalu (dlm masa 5 minit). Namun peguam2 saya akan memulakan filing mulai 8 jun ini walaupun ulasan para hakim mahkamah rayuan tak siap2.
Teruskan doa dan munajat. Salam hormat.
YB DS IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
http://kamparinn.blogspot.com/2009/06/sekolah-perlembagaan-di-perak.html -
Buletinonline.net: Amaran Presiden PAS - Kesabaran Ada Batasnya
moreKUALA NERUS – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bahawa kesabaran PAS ada batasnya.
Beliau berkata krisis yang berlaku di negeri Perak adalah langkah UMNO/BN yang salah sejak daripada awal lagi.
“Lalu hendak betul(kan) yang salah dengan tangkap orang, itu tidak betul. Apa yang berlaku ialah ‘mencabul’ Perlembagaan dan ‘mencabul’ demokrasi,
“krisis politik yang berlaku di negeri Perak ternyata telah melanggar Undang-undang dan Perlembagaan,
“amalan demokrasi pula cuba dipermainkan dan ‘dicabuli’ oleh pemimpin UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ‘gilakan’ kuasa,”tegasnya ketika mengulas penangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.
Katanya BN sepatutnya belajar dari sejarah di zaman Tunku Abdul Rahman sewaktu Perikatan memerintah negara.
Sewaktu kerajaan Tunku hendak menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu, katanya, Tunku mengambil langkah melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kali pertama cubaan Tunku tidak berjaya kerana menurutnya, PAS mempunyai majoriti mudah (simple majority) 11 kerusi iaitu tujuh parti Perikatan dan empat parti Negara.
“Parti Negara tidak menyokong Perikatan dan diambil langkah yang kedua sehinggalah berjaya ‘membeli’ Speaker (Yang DiPertua DUN), membeli wakil-wakil rakyat parti Negara, beberapa orang wakil rakyat PAS melalui politik wang waktu itu,
“maka, berlakulah proses undi tidak percaya walau pun politik wang itu suatu tindakan yang salah tetapi proses undi tidak percaya berlaku mengikut Perlembagaan dan Undang-undang,”jelasnya pada sidang media selepas melancarkan Laman Web Buletin Pendidikan PAS Pusat dan Dana Masjid di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, di Kampung Tok Jiring, semalam. (gambar kanan)
Menyentuh isu berhubung siapa yang layak menerajui PAS, beliau menyifatkan ia adalah satu isu lama yang dimainkan oleh pihak media setiap kali menjelang muktamar PAS sejak tahun 50-an dan 60-an.
Katanya PAS tidak akan tergugat dengan isu tersebut kerana PAS sentiasa konsisten dalam pentadbiran parti dengan mengamalkan semangat syura.
Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada anggota parti bagi memilih Presiden dan Timbalan Presiden kerana jawatan itu dilantik pada muktamar agung PAS.
Ditanya sama ada beliau akan mempertahan jawatannya jika ada pertandingan merebut kedudukan itu, beliau berkata: “kita lihat keputusan mesyuarat agung tahunan.”
“Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan atas perkara yang tidak diketahui lagi. Selepas keputusan itu diketahui, tahulah apa saya nak buat,” katanya.
Oleh: Wan Kay
http://buletinonline.net
Terkini Dari Warta Kedah
.

