PAS Langkawi - UPU Ulu Melaka
VIDEO TERKINI WARTA KEDAH
▼
SILA KLIK - SALURAN YOUTUBE TERPILIH
http://www.youtube.com/user/tvpas09
http://www.youtube.com/user/malaysiakini
http://www.youtube.com/user/greenboc
http://www.youtube.com/user/mediarakyat
http://tvkedah.blogspot.com/
padang.gaong@gmail.com
-
ISA pemusnah institusi keluarga, cerai-berai suami isteri
more
Oleh NORLAILA OTHMAN
"PUAN Laila, sepupu saya juga pernah ditahan di bawah ISA. Kasihan pada anak isterinya ...," kata Puan J dalam nada suara yang amat perlahan, separuh sebak, air mukanya kelihatan keruh.
Dalam siri jelajah perkongsian mangsa ISA, saya berkesempatan bertemu wanita-wanita yang tinggal di pedalaman Kedah, Johor dan Pahang. Rupa-rupanya ramai lagi rakyat Malaysia yang pernah ditahan di bawah ISA, tetapi penahanan itu tidak direkodkan kerana pelbagai sebab antaranya, tahanan tidak mahu menghebohkan penahanan itu, mungkin kerana mematuhi arahan pegawai penyiasat cawangan khas dan mungkin juga rasa malu kerana ditahan di bawah ISA yang amat ditakuti oleh rakyat Malaysia."Kenapa saya tidak pernah jemu memberitahu supaya Abah Suhaib dibicarakan? Kerana saya mahu ada pendakwaan oleh pendakwa raya, bukti-bukti dikeluarkan selari dengan tuduhan dan akhirnya, hakim yang membuat keputusan di mahkamah itu. Jika hakim menyatakan beliau tidak bersalah, nama baik beliau dapat dibersihkan.
"Namun jika beliau bersalah dan terpaksa menjalani hukuman, sekurang-kurannya saya tahu tarikh akhir pemenjaraannya dan beliau sendiri tahu tarikh tetap untuk keluar daripada kehidupan sebagai seorang banduan," kataku kepada semua yang hadir ke sesi perkongsian itu.
Semua tahanan ISA dinafikan proses mahkamah dan mereka tidak pernah mengetahui tarikh akhir berada di Kem Kamunting. Kehidupan mereka berada dalam keadaan tidak pasti sepanjang masa.
Bezanya ISA dengan akta lain ialah, dalam ISA seseorang pesalah itu tidak dibenarkan mendapatkan peguam untuk mewakili dirinya, tiada pendakwaan oleh pendakwa raya, tahanan tidak boleh diikat jamin, tiada bukti yang dikeluarkan selari dengan tuduhan, tiada proses perbicaraan, tiada hakim dan tiada mahkamah yang menjadi tempat segala proses perbicaraan.
Peguam bela, pendakwa raya, bukti-bukti, hakim dan mahkamah semuanya berada di tangan Menteri Dalam Negeri yang kuasanya terlalu besar. Menteri ini pula biasanya tidak tahu apa-apa mengenai mangsa ISA. Menteri Dalam Negeri bebas menjatuhkan hukuman melanjutkan penahanan setelah mendapat laporan daripada polis cawangan khas (Special Branch).
"ISA sebenarnya bukan saja akta zalim tetapi juga akta yang menindas golongan wanita kerana mereka (isteri)lah yang akan menerima kesannya ketika suami tiada di rumah. Perasaan isteri amat tertekan dengan penahanan suami, namun terpaksa juga keluar mencari nafkah untuk menyara anak-anak dan meladeni mereka yang pastinya akan bertanya setiap hari, bilakah ayah mereka akan pulang ke rumah.
"Selain menjalankan kewajipan menguruskan anak-anak, wanita malang ini juga terpaksa bersusah payah membawa anak-anak bermusafir beratus-ratus kilometer dari tempat tinggal mereka ke Kem Kamunting.
"Di Kem Kamunting, mereka kemudian terpaksa melalui pemeriksaan di tiga pintu utama dan berpuas hati dengan pertemuan selama 45 minit ...," kata saya lagi.
Tiada siapa yang akan menyangkal dakwaan ini, hatta Menteri Dalam Negeri sekalipun kerana saya sudah mengalaminya lebih tujuh tahun ... dan hingga saat ini, saya masih didiskriminasikan dalam setiap perjumpaan.
Dari tahun 2002 hingga kini, saya dan Suhaib hanya dapat bertemu Mat Sah @ Abah Suhaib selama 45 minit saja. Walaupun beliau, iaitu Abah Suhaib telah ditahan lebih tujuh tahun, tiada sebarang tanda simpati pihak kem kepada kami berdua.
Sewaktu tahanan Hindraf belum dibebaskan, mereka berpeluang bertemu di tempat terbuka antara sejam setengah hinggalah dua jam. Mereka boleh bersalam, bersentuhan dan boleh makan bersama.
Begitu juga dengan tahanan ISA yang dituduh sebagai ahli 'Jemaah Islamiyyah' (JI) yang ditahan selama dua tahun di kem, mereka dan isteri serta anak-anak dapat bertemu di tempat terbuka selama sejam setengah, suami dapat bersalam dengan isteri dan anak-anak serta berpeluang makan bersama.
Tetapi aku dan Suhaib, walaupun status kami dengan tahanan JI lain serta Hindraf adalah sama iaitu sebagai tahanan ISA, kami tetap dianak-tirikan oleh pengurusan kem yang sering berselindung di sebalik kata-kata, "kami hanya mengikut arahan orang atas".
"Jika puan mahu suami segera dibebaskan, tulislah surat pada Tuan Ayub dengan segera. Tuan Ayub adalah pegawai tertinggi SB yang menjaga semua tahanan ISA. Puan tulislah surat dan merayu pada Tuan Ayub bahawa puan dan suami memang benar-benar bersalah dan mohon dimaafkan segala kesalahan itu.
"Dengan permohonan maaf tersebut, rasanya hati Tuan Ayub akan lembut dan akan segera memberi cadangan supaya Mat Sah dibebaskan," kata seorang SB kepada saya.
"Saya mohon maaf dan mengaku bersalah? Apa yang telah saya lakukan? Orang yang ditahan di bawah ISA ialah suami, kenapa saya pula yang kena mohon maaf bagi pehak dia?" saya bertanya semula pada SB tersebut.
Abah Suhaib ditahan lebih tujuh tahun, tidak pernah dibicarakan dan kini, untuk melihat dia bebas, saya pula yang terpaksa menulis surat memohon maaf. Tujuh tahun Suhaib membesar tanpa bapa.
Tujuh tahun kami berdua terpaksa menerima herdikan pihak tertentu yang tidak memahami ISA. Tujuh tahun Suhaib membesar tanpa sebarang nafkah, kasih sayang, bimbingan dan perhatian daripada bapanya.
Sepanjang tujuh tahun itu, apabila mata Abah Suhaib rabun, sayalah yang terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli cermin mata baru.
Ketika lutut beliau terseliuh ketika bermain, saya juga yang terpaksa membelikan ‘braces’ yang agak mahal untuk digunakan di lutut yang cedera itu.
Apabila gigi beliau rosak dan perlu dibuang, saya juga terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli gigi palsu.
Dan setiap bulan, saya juga terpaksa memberi wang poket supaya beliau berpeluang untuk membeli makanan selain daripada yang disediakan oleh Kemta seperti biskut kering, gula-gula dan kacang. Abah Suhaib juga punya keinginan untuk membaca majalah dan buku-buku dari luar. Sayalah juga yang menyediakan segala keperluan itu.
Ketika ditahan di bawah ISA pada tahun 2002 dulu, beliau dikatakan bersalah kerana menjadi ahli JI, dan kini, setelah tujuh tahun, saya pula yang terpaksa menulis surat mohon maaf kepada SB sekiranya saya ingin melihat beliau kembali ke pangkuan keluarga.
"Nama saya Suhaib. Kini saya berusia 16 tahun. Hampir separuh usia saya membesar tanpa abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan pertemuan selama satu jam setengah dalam sebulan. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kiriman beliau.
"Jika terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju dan guna kain pelikat milik abah. Saya letak gambar Abah di dompet duit. Sejak berusia 9 tahun, saya tidak pernah solat dan baca Quran bersama Abah. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama.
"Namun, satu perkara yang amat memedihkan ialah apabila saya melihat Abah di sebalik cermin kaca. Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca.
"Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya ... hatiku memang pedih yang teramat sangat. Walaupun sudah tujuh tahun saya dipisahkan daripada Abah, tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan.
"Walaupun ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di media dan akhbar, namun Abahku masih dinafikan pembebasannya. Saya yakin Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk Abah kerana dia terus menerus dizalimi.
"Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa terpinggir. Saya juga ingin meneruskan kehidupan sama seperti orang lain yang punya keluarga yang lengkap. Saya tetap berdoa supaya Abah segera dibebaskan ..."
Saya benar-benar tersentak dengan testimoni Suhaib yang ingin diluahkan di hadapan Vijay, salah seorang wartawan Malaysiakini. Suhaib kelihatan tenang dan bersahaja namun tidak disangka, luahan hati beliau amat pilu untuk dibaca ...
Allah mencipta kita sebagai insan yang bebas dan merdeka. Allah telah menurunkan al-Quran dan mengutus rasul serta nabi untuk dijadikan contoh supaya menjalani kehidupan yang sempurna. Allah telah menggariskan supaya manusia menjadikan keadilan sebagai neraca hidup dan mengelakkan menzalimi sesama manusia.
Tetapi ... kenapa mesti ada peraturan buatan manusia yang menafikan hak dan kebebasan manusia lain sampai begitu rupa? Lupakah kita pada satu ayat 113 dalam Surah Huud yang bermaksud: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim ..."
Ingatlah pada ayat 58 dari Surah An-Nisa yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum sesama manusia agar menetapkan dengan adil ..."
Allah menyediakan syurga dan neraka sebagai hadiah dan pembalasan kepada makhluk ciptaan-Nya, namun sebelum seseorang itu dihantar ke syurga atau neraka, semua makhluk akan melalui proses perbicaraan di padang Mahsyar.
Allah Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Pencipta, Maha Mengetahui, menyediakan 'trial' atau perbicaraan ke atas semua makhluknya di akhirat nanti. Kenapa ISA , akta tahan tanpa bicara masih dihalalkan? Siapakah yang menjadi ikutan? Allah ataupun syaitan?
Kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan bencikan kezaliman, marilah sama-sama serlahkan perasaan itu dengan menghadiri himpunan aman MANSUH pada 1 ogos nanti.
Pada sesiapa yang tidak dapat menghadiri kerana ada sebab-sebab peribadi, cubalah juga luahkan dalam bentuk lain seperti mengibarkan bendera separuh tiang, berpakaian hitam ketika keluar rumah dan sebagainya.
MANSUHKAN ISA, BEBASKAN TAHANAN ISA dan TUTUP KEM KAMUNTING! -
Catatan Anak Seorang Tahanan ISA - Oleh Suhaib Mat Sah
moreNama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......
Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....
Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....
7 tahun telah berlalu
Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.
Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...Bagaikan binatang di zoo
Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.
Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.
Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...
*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10242 -
My Zaid Ibrahim : Sayang Malaysia Negara Polis
moreHari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.
Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata; mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA. Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita. Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.
Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA. Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club; kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.
Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi. Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Sa orang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib maanusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.
Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam. Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ. Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.
Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat. Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.
Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman. Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.
Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah.
-
Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa - Dari Blog Ustaz Ahmad Awang
more
Tajuk di atas dipetik dari artikel majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei lepas. Ia merupakan tajuk Fokus keluaran berkenaan yang ditulis oleh editor majalah berkenaan, Zulkafly Baharuddin, hasil temubual beliau dengan Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria (TSHZ). Di antara lain, kandungan artikel tersebut dipetik:"Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.
Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini ..."Saya tidak berhajat dalam posting ini menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh TSHZ dalam majalah berkenaan kerana jawapan saya mengenainya akan disiarkan oleh majalah MM dalam keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya. Memang saya tidak berpuashati atas kelewatan menyiarkannya, walhal Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad, penaung majalah berkenaan bersetuju temubual dengan saya itu akan disiarkan dalam keluaran Jun atau Julai. Tunggulah jawapan dan pandangan saya mengenai luahan TSHZ nanti.
Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.
Latarbelakang Peribadi
Mengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.
Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).
Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).
Berbeza Pendapat
Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:- Peristiwa 1: Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah. Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.
- Peristiwa 2: Pada suatu hari, saya menelefon TSHZ dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil. Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu. Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.
- Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.
- Peristiwa 4: Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada TSHZ ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau. Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid. Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, TSHZ sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.
- Peristiwa 5: Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran. Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Benzantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009.
Demikianlah di antara cerita di sebalik peristiwa Harussani dengan saya. Ada lagi beberapa contoh peristiwa perbezaan pendapat di antara kami berdua, namun perkara yang paling penting membezakan Ahmad Awang dan Harussani ialah pegangan dan fahaman politik kami masing-masing. Saya tidak pernah menyembunyikan pegangan politik Islam saya semenjak belum menjadi ahli PAS lagi. Semasa saya memegang jawatan Pegawai Kerajaan tidak pernah saya menyembunyikan pegangan saya. Manakala Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayunya. Saya katakan politik Melayu bukan politik Islam. Walaupun beliau sering membangkitkan isu Islam, tetapi dasarnya adalah Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO.
Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008. Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu. Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.
Dari cerita di sebalik peristiwa yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria adalah seorang mufti yang berpolitik dan parti yang didokongnya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenal dalam bahasa Inggerisnya dengan United Malay National Organisation (UMNO).
Petikan: http://usahmadawang.blogspot.com/ -
AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SESI 2009 – 2011
moreAHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSATDAN PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUANSESI 2009 – 2011
PRESIDEN : YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
TIMBALAN PRESIDEN : YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA
NAIB PRESIDEN (1) : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
NAIB PRESIDEN (2) : YB SALAHUDDIN AYUB
NAIB PRESIDEN (3) : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
KETUA DEWAN ULAMAK : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
KETUA DEWAN PEMUDA : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
KETUA DEWAN MUSLIMAT : USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YAB DS IR. MOHD NIZAR JAMALUDDIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : YAB DS UST. AZIZAN ABD RAZAK
AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB DATO’ DR. HJ HASAN MOHD ALI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HJ MOHD. HATTA RAMLI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : UST. HJ ABD GHANI SAMSUDDIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK
AHLI JAWATANKUASA KERJA (9) : MOHAMED HANIPA MAIDIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (10) : YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH
AHLI JAWATANKUASA KERJA (11) : YB DR. LO’ LO’ HJ MOHD GHAZALI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (12) : UST HJ ABD GHANI ABD RAHMAN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (13) : YB DR DZULKEFLY AHMAD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (14) : YB DR. SY AZMAN SY AHMAD NAWAWI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (15) : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (16) : MAZLAN ALIMAN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (17) : YB UST HJ TAIB AZAMUDDIN
AHLI JAWATANKUASA KERJA (18) : YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA
PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – JAWATAN-JAWATAN UTAMA
SETIAUSAHA AGUNG : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
BENDAHARI PAS PUSAT : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
KETUA PENGARAH PILIHANRAYA : YB DATO’ UST HAJI ABD HALIM ABD RAHMAN
PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (5) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – TAMBAHAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT
AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA
AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : HAJI MOHAMAD SABU
AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : HJ MOHD ANUAR TAHIR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : HAJI ASMUNI AWI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : YB WAN UBAIDAH WAN OMAR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : HAJI AHMAD DOLLAH
PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 34 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – PESURUHJAYA PAS NEGERI
PESURUHJAYA PAS PERLIS : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
PESURUHJAYA PAS KEDAH : YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK
PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN
PESURUHJAYA PAS PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN
PESURUHJAYA PAS KELANTAN : YAB TG. DATO’ HAJI NIK ABD AZIZ NIK MAT
PESURUHJAYA PAS TERENGGANU : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
PESURUHJAYA PAS PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
PESURUHJAYA PAS SELANGOR : DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI
PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN : HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR
PESURUHJAYA PAS MELAKA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
PESURUHJAYA PAS SABAH : HAJI MUHAMAD ABDULLAH
PESURUHJAYA PAS SARAWAK : USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA -
KEPUTUSAN PEMILIHAN PAS BAGI SESI 2009-2011
moreSENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011PENGERUSI TETAP (154)
Nor Hashimah Deraman
TIMBALAN PENGERUSI TETAP (162)
Wan Hamidani Wan Ahmad
KETUA (136)
Nuridah Mohd Salleh, Ustazah
TIMBALAN KETUA (142)
Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.
NAIB KETUA (MTB)
Mumtaz Md Nawi, YB.
AHLI JAWATANKUASA KERJA (23)
1. Wan Ubaidah Omar, YB.(196)
2. Halimah Ali, YB. Dr. (173)
3. Mastura Hj Mohamad (173)
4. Aiman Athirah Al Jundi (162)
5. Najihatussalehah Ahmad, Dr.(158)
6. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr. (156)
7. Rosni Adam, Dr. (155)
8. Azizah Khatib Mat, Ustazah (147)
9. Salbiah Abd Wahab (147)
10. Nurul Huda Yusof Rawa (135)
11. Wardatul Jannah As Sofea (125)
12. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To' Puan (122)
PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail
SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011
PENGERUSI TETAP
Misbahul Munir Masduki (Menang Tanpa Bertanding)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Aris Awang (Menang Tanpa Bertanding)
KETUA
Nasrudin Hassan (Menang Tanpa Bertanding)
TIMBALAN KETUA
Azman Shapawi Abd Rani (Menang Tanpa Bertanding)
NAIB KETUA
Ahmad Sabki Yusof (Menang Tanpa Bertanding)
AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN (23 bertanding - 12 kerusi)
1. Riduan Mad Nor (197 undi)
2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194)
3. Mohd Firdaus Jaafar (176)
4. Mohd Nazri Chik Zain (176)
5. Suhaizan Kaiat (165)
6. Nasir Zakaria (152)
7. Kamal Ashaari (145)
8. Kamaruzaman Mohamad (139)
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139)
10. Mohd Adram Musa (135)
11. Abdullah Abdul Karim (127)
12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir (126)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz
SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011
KETUA
Ustaz Harun Taib(MTB)
TIMBALAN
Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)
NAIB KETUA
Dr Mahfodz Mohamad (MTB)
AHLI JAWATANKUASA
1. Ustaz Husin Awang (193)
2. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin (186)
3. Ustaz Nik Zawawi Salleh (186)
4. Ustaz Saleh Sani Harun (156)
5. Ustaz Abu Bakar Abdullah (153)
6. Dato' Ustaz Mohd Daud Iraqi (152)
7. Ustaz Abdullah Abd Razak (152)
8. Ustaz Hasan Mohamad (143)
9. Ustaz Ismail Noh (138)
10. Ustaz Mohd Zain Abd Rahman (138)
11. Ustaz Mohamad Mustafa (131)
12. Ustaz Abdullah Husin (129)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
Hj Ibrahim Omar (188) -
TKO Sudah Kembali Beroperasi
morehttp://www.tranungkite.net/v9/
Alhamdulillah... TKO sudah kembali pulih... yup... sekurang-kurangnya untuk kelihatan boleh dilayari... dan moga-moga akan terus mencapai kegemilangan bagai mula-mula aku mengenali dan berforum di TKO... maklumat yang tepat, mesra, laju dan hampir semuanya betul
Namun, entahlah... x pasti apa sebenarnya yang berlaku... aku sedikit kekok atau mungkin sudah hilang seni berforum atau x tahulah apa sebenarnya yang terjadi... aku jadi seperti manusia missing yang x ketahuan... haha...
Mungkin juga masih perlukan masa untuk sekali lagi menyesuaikan diri... untuk kembali sekali lagi mampu berforum dan mendapatkan maklumat dengan baik... Atau pernah juga aku terfikir bahawa aku sebenarnya merindui... saat-saat berforum dengan mereka-mereka yang terasa dekat denganku... forumer-forumer otai yang sudah menghilang...
Kita pernah sama-sama beraktiviti... beriadah... malah banyak juga air mata yang sempat aku saksikan... kerana aku menyertai komuniti ini...
Aku sebenarnya sangat menyayangi TKO... apatah lagi sejarah pengenalanku begitu panjang dan menyentuh jiwa... aku sangat berbangga punya tarikh kelahiran yang sama... malah itulah caranya aku mengenali TKO... dan waktu itu aku mencari tarikh lahirnya Al Marhum Ustadz Fadhil Noor... ah, suatu kesamaan yang mengasyikkan!!
Jom Kembali Berforum!!
Sumber Blog Berg: http://konsesidakwah.blogspot.com/2009/05/tko-sudah-kembali.html -
SEKOLAH PERLEMBAGAAN DI PERAK
more
Asalamualaikum semua
Berikut adalah petikan dari Malaysiakini karangan sdr Hishamuddin Rais utk tatapan pelayar. Sebenarnya banyak lagi perkara yang bolih ditimba dari kemelut politik Perak. Rupa dan wajah sebenar semua institusi-institusi, ngo swasta dan pro BN, badan keagamaan, individu, kehakiman termasuk hakim, jabatan kerajaan negeri dan federal, dll juga turut terdedah luas.
Sesungguhnya suatu pertentangan aqeedah (ideological conflict) sedang bercambah di bumi Perak. Ini semua dipertontonkan oleh Allah SWT supaya konflik ini dapat mengemukakan suatu perbezaan aqeedah masyarakat diantara HAQ dan BATHIL. Sama-sama kita kaji dan buat posisi masing-masing. Salam hormat dan terima kasih kepada pembaca dan Sdr Hishamuddin.
Kemelut Perak bertukar hujan emas
Hishamuddin Rais May 22, 09 6:37pm
Apa yang sedang berlaku di Perak amat baik sekali. Kelam-kabut dan kacau-bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak sekali imbas tidak mendatangkan faedah kepada orang ramai. Tanggapan sebegini satu pandangan yang salah.Apa yang berlaku di Perak ini adalah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak.
Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki atau institut beraja. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai.Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tiba-tiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman. Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihatkan sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan di kalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri. Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga.
Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul. "Raja adil raja di sembah, raja zalim raja disanggah" benar-benar menjadi realiti yang hidup di Perak. Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka dalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam perlembagaan Perak. Hasil daripada krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan raja, peranan menteri besar, peranan tuan Speaker DUN dan had-had yang diwujudkan melalui perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini.Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada di dalam genggaman mereka.
Najib Razak berniat merancang "rampasan kuasa" di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdullah Ahmad Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa kepadanya ingin dijadikan sebagai tiupan sangkakala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat. Tiupan sangkakala Najib ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 Mac 2008. Harapan Najib ini jelas telah ranap. Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah, lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat.Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat. Inilah tanda-tanda politik sihat apabila elemen-elemen demokrat dalam Barisan Nasional telah mula bersuara.Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak-tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak-tanduk yang telah diambil oleh Najib.
Inilah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sihat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation - walaupun kecil.Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat.Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan di antara parti PAS, PKR dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan.Perak adalah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengetepikan agenda sampingan dan menerkam agenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan.Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokkan sebagai parti kecinaan telah diterima oleh orang Melayu.
PAS yang selama ini dimomokkan dengan hukum hududnya telah menerobos masuk ke dalam kawah Cina. Inilah perkembangan yang amat menakutkan United Malays National Organisation.Dua buah parti ini - sebelum ini - selalu digunakan sebagai senjata ampuh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai, untuk saling menumbuhkan kecurigaan sesama sendiri.Di Perak, orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak, orang Cina tidak lagi takut untuk menerima PAS. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman.Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga.
Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Mohammad Nizar Jamaluddin dan V Sivakumar. Kalau di permulaan era Reformasi dahulu, yang muncul hanya Anwar Ibrahim - masih lagi dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan warga bukan Melayu bahawa reformasi adalah agenda untuk semua.Berbanding dengan krisis Perak, secara sepontan Nizar dan Sivakumar telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar.Perkembangan ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya daripada apa yang berlaku pada 1998. Pada malam 20 September, Anwar ditangkap di rumahnya. Episod penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi.
Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Mohamad.Di Perak, episod ini berulang lagi. Pada 7 Mei lalu, sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi tuan Speaker dan dikurung agar kuasanya dapat dirampas.Kini sekali lagi, satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang diwakili oleh Najib Razak.Sama ada DUN dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara. Aktivis dan angkatan muda Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.Ombak Perak ini wajib terus berdesir sehingga menjadi gelora membadai. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan dibakar.Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum diadakan nanti. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini, lebih subur politik Malaysia.
Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya dan Pakatan Rakyat melalui email, sms dll. Usha sedang dibuat untuk mengangkat konflik ini ke persada apex (Mahkamah Persekutuan). Hingga kini hakim-hakim mahkamah rayuan masih belum siap ulasan penghakiman (written grounds of judgement) yang dibuat pada 22 mei lalu (dlm masa 5 minit). Namun peguam2 saya akan memulakan filing mulai 8 jun ini walaupun ulasan para hakim mahkamah rayuan tak siap2.
Teruskan doa dan munajat. Salam hormat.
YB DS IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
http://kamparinn.blogspot.com/2009/06/sekolah-perlembagaan-di-perak.html -
Buletinonline.net: Amaran Presiden PAS - Kesabaran Ada Batasnya
moreKUALA NERUS – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bahawa kesabaran PAS ada batasnya.
Beliau berkata krisis yang berlaku di negeri Perak adalah langkah UMNO/BN yang salah sejak daripada awal lagi.
“Lalu hendak betul(kan) yang salah dengan tangkap orang, itu tidak betul. Apa yang berlaku ialah ‘mencabul’ Perlembagaan dan ‘mencabul’ demokrasi,
“krisis politik yang berlaku di negeri Perak ternyata telah melanggar Undang-undang dan Perlembagaan,
“amalan demokrasi pula cuba dipermainkan dan ‘dicabuli’ oleh pemimpin UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ‘gilakan’ kuasa,”tegasnya ketika mengulas penangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.
Katanya BN sepatutnya belajar dari sejarah di zaman Tunku Abdul Rahman sewaktu Perikatan memerintah negara.
Sewaktu kerajaan Tunku hendak menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu, katanya, Tunku mengambil langkah melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kali pertama cubaan Tunku tidak berjaya kerana menurutnya, PAS mempunyai majoriti mudah (simple majority) 11 kerusi iaitu tujuh parti Perikatan dan empat parti Negara.
“Parti Negara tidak menyokong Perikatan dan diambil langkah yang kedua sehinggalah berjaya ‘membeli’ Speaker (Yang DiPertua DUN), membeli wakil-wakil rakyat parti Negara, beberapa orang wakil rakyat PAS melalui politik wang waktu itu,
“maka, berlakulah proses undi tidak percaya walau pun politik wang itu suatu tindakan yang salah tetapi proses undi tidak percaya berlaku mengikut Perlembagaan dan Undang-undang,”jelasnya pada sidang media selepas melancarkan Laman Web Buletin Pendidikan PAS Pusat dan Dana Masjid di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, di Kampung Tok Jiring, semalam. (gambar kanan)
Menyentuh isu berhubung siapa yang layak menerajui PAS, beliau menyifatkan ia adalah satu isu lama yang dimainkan oleh pihak media setiap kali menjelang muktamar PAS sejak tahun 50-an dan 60-an.
Katanya PAS tidak akan tergugat dengan isu tersebut kerana PAS sentiasa konsisten dalam pentadbiran parti dengan mengamalkan semangat syura.
Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada anggota parti bagi memilih Presiden dan Timbalan Presiden kerana jawatan itu dilantik pada muktamar agung PAS.
Ditanya sama ada beliau akan mempertahan jawatannya jika ada pertandingan merebut kedudukan itu, beliau berkata: “kita lihat keputusan mesyuarat agung tahunan.”
“Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan atas perkara yang tidak diketahui lagi. Selepas keputusan itu diketahui, tahulah apa saya nak buat,” katanya.
Oleh: Wan Kay
http://buletinonline.net -
Krisis Perak : BN angkuh, tidak hormat undang-undang - Presiden PAS
YouTube - Arrests galore at SUKmore
Oleh: Wan Nordin dan Azamin Amin (Harakahdaily)
IPOH,7 Mei (Hrkh)- PAS sangat kesal dengan kejadian kekerasan yang berlaku di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) dan dalam Dewan tempat persidangan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari ini.
Demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily melalui Setiausaha Politik, Dr Shamsuri.
"Pada kali ini, bukan sahaja para penyokong dan pimpinan parti dari Pakatan Rakyat yang ditangkap, tetapi beberapa ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat negeri Perak juga telah ditahan,"katanya.
Peristiwa yang berlaku ini adalah berpunca dari sikap angkuh para pimpinan BN yang tidak menghormati undang-undang,ujarnya.
BN juga ujar Presiden PAS bertindak dengan berselindung di sebalik lencana anggota keselamatan.
"PAS sekali-kali tidak akan menghormati kerajaan yang sememangnya tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.
Pagi tadi, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat telah ditangkappolis semasa beradaberhampiran di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dun Perak.
Antara yang ditahan ialah, Ketua Pemuda PAS,Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S.Jayakumar dan beberapa Adun serta 30 orang awam.
Kelab Greenboc : Kronologi Tragedi Hitam 7 Mei 2009
Berikut ialah kronologi Tragedi Hitam 7 Mei 2009 mengikut catatan YB Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim.
8.20 pagi: Kami mula bergerak ke DUN Perak Ipoh. Hampir 100 orang bersama puluhan polis yang berkumpul hadapan hotel penginapan kami, sebelum bergerak ke dewan.
Segala persiapan yang perlu telah kami lakukan untuk mempertahankan hak rakyat Perak yang dicintai. Penyokong mengerumuni MB Nizar semasa sampai dihotel pagi tadi
8.27 pagi: Kawalan ketat untuk ke Dewan Undangan Negeri. Dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negeri saya menempuh 4 sekatan polis walaupun hotel penginapan kami hanya sekitar 1 km dari Dewan Undangan Negeri.
Inilah keadaan yang menampakkan sengaja dicipta untuk menyusahkan pergerakan kami ke Dewan Undangan Negeri. Sementara itu satu notis pihak polis telah ditampal di sekitar Ipoh merupakan arahan mahkamah yang melarang orang ramai mendekati 500 meter dari bangunan Dewan Undangan Negeri.
8.35 pagi: Ahli Parlimen Ampang ditahan. Ahli Parlimen Ampang, YB. Pn. Zuraidah ditahan ketika cuba masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri, di pintu hadapan bangunan.
9.10 pagi: Kami dihalang oleh polis Masuk Ke Dewan. Seramai 16 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya yang sampai sekitar 8.45 pagi tadi telah dihalang oleh polis untuk masuk ke dalam dewan Negeri tempat Persidangan yang akan diadakan pagi ini.
Walaupun dengan alasan untuk meletakkan barang sebelum perbarisan diadakan kami gagal untuk masuk sehingga sekarang. Kawalan dari polis sangat ketat dan saya beranggapan Sidang Dewan yang paling ketat dikawal polis setakat ini dalam sejarah demokrasi dunia.
Doakan keselamatan kami.
9.20 pagi: Kami berada di hadapan pintu Dewan. Kami berada di hadapan pintu masuk menunggu pintu dewan yang dimaklumkan oleh pihak polis cuma akan dibuka jam 9.45 pagi nanti.
Semua barang yang dibawa diperiksa dengan teliti dan di scan berkali. Saya menyaksikan hampir 50 orang polis yang berkawal di dua pintu masuk yang dibuka
9.45 pagi. Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.
Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.
9.55 pagi: Apabila ADUN Lompat Jelapang ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAN dengan suara yang kuat.
Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN. Kelihatan sama OSMAN dan JAMALUDDIN, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.
10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar ikut Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:
1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.
2. Kedudukan tempat duduk ikut sebelum ini.
3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.
4. Kepada 3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.
5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk Penasihat Undang-undang keluar dewan.
6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawatankuasa yang dilantik oleh dewan ini.
Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.
Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker. Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan
10:10 pagi: Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.
Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR. Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.
Kepada 10 orang masih belum keluar, Speaker berulang kali mengatakan Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.
10.20 pagi. Keadaan kecoh berlarutan. Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.
keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas. Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula.
10.30 pagi. Arahan speaker masih belum di ikuti. Sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.
Sementara itu Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebasan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.
Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUN PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digantung oleh speaker.
10.40 pagi. Hee, timbalan speaker cuba ambil kuasa Speaker yang masih sah.
Hee dikerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker. ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat.
Cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.
saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.
10.50 pagi. BN Rampas kuasa Speaker dalam dewan, Ganesan dicalonkan sebagai Speaker baru. ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.
Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.
Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.
11.00 pagi. Ganesan angkat sumpah dimeja ADUN yang dikelilingi ADUN BN sebagai speaker haram. Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)
ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.
ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram. Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.
11.10 pagi. Ganesesan sedang meneruskan Sidang Haram. Ganesan cuba merampas kuasa Speaker...lucu
Sidang Haram Sedang berlangsung
Ganesan di meja ADUN sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap Dewan Negeri.
Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demokrasi.
Lucu, aneh, tapi benar...
11.18 pagi. Speaker Sivakumar umumkan semua Usul yang sedang dibentang BN telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh Sidang Haram (ikut skrip) iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.
Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.
11.30 pagi. Walaupun Sidang Haram umum tangguh sidang namun ADUN BN masih tidak keluar dewan. Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.
Semasa mengumumkan demikian dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.
Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali.
Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?
11.44 pagi. Saya telah arahkan ADUN PR jangan keluar kalau tidak perlu. Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.
Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".
12.23 tgahari. Banyak Ahli Parlimen PR ditangkap diluar bangunan Dewan Negeri.
Saya menerima berita ramai dikalangan ahli Parlimen PR yang datang untuk menyaksikan sidang pada hari ini ditangkap, dari beberapa SMS dan makluman dari talipon yang diterima oleh rakan disebelah saya dalan dewan, ADUN Kuala Kurau, YB. Yunus, beliau memaklumkan antaranya Ust. Mujahid, Sdr. Tian chua,dan Yb. Salhuddin.
12.35 tghari. Keadaan tenang di dalam Dewan. Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling.
Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.
12.20 tghari. Tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.
12.30 tghari. Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR
keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan. Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham.
Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.
Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.
Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.
12.49 tghari. Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan
Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya
Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.
1.00 tghari. Ganesan tangguh sidang satu jam lagi...
Ganesan cuba mengendalikan Sidang Dun kali kedua. Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menengelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.
Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.
Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.
1.21 tghari. Lega bila ke tandas, dah tahan nak ke tandas sejak pagi tadi....
Pergi tandas pun hari ini berbekalkan sebotol air mineral bila dimaklumkan oleh teman-teman semacam air dicatu bila tandas dah tidak ada air.
Saya tidak pasti kenapa ini boleh berlaku, dan tidak pernah berlaku sebelum dari ini. Seingat saya dalam 3 sidang dibangunan ini sejak awal kemenangan Pakatan Rakyat Di Perak tahun 2008 dulu air ditandas tidak pernah kering...
Adakah ini juga sabotah kepada kami ADUN ? seperti pembesar suara speaker yang sudah tidak berfungsi.
2.03 petang. Hampir semua ADUN PR dan BN berada di Dewan. Ganesan dihalang oleh ADUN PR diiringi dengan laungan bubar Dun.ADUN PR suruh dia keluar sebab dia bukan ADUN. ‘Sidang Syiling’ haram
Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.
Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.
Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.
2.17 petang. Kecoh Hampir ke Kemuncaknya
Ganesan dikerumuni ADUN Pakatan ketika cuba memulakan sidang pada 2.05 petang
Keadaan sekarang sangat kecoh dan bising dan hampir berlaku pergaduhan dalam dewan.
Bentara pula hendak rampas kuasa speaker.
Keadaan berlarutan sebentar tadi bila bentara cuba membuat pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan
2:20 petang:Polis masuk campur
Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.
Terdapat usaha merampas kerusi Speaker
2.40 ptg : Pergelutan di meja Speaker oleh BN. Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis.
Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.
3.05 petang. BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.
Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.
Speaker Haran, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.
3.10 petang. Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali.
YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!
ADUN OKU dari Aulong duduk di meja Speaker bagi menghalang Ganesan duduk di situ. Inilah deretan pendatang yang haram yang merampas kuasa Speaker
Siapakah mereka yang misteri ini?
Siapakah mereka ini?
Suasana tegang di kerusi Speaker. Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.
Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.
Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.
Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.
3.21 petang. Raja muda Perak masuk ke dewan. Kelihatan Dato' Seri Nizar dan Dato' Ngeh turun dari pentas Diraja selepas mengadap Raja Nazrin
Raja Nazrin sedang bertitah merasmikan Sidang DUN penuh bersejarah
Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.
Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.
Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.
Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.
Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.
4.07 petang. Raja Nazrin Perkenan untuk bersalaman dengan semua ADUN
Raja Nazrin bersalaman dengan ADUN-ADUN setelah habis bertitah.
Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".
Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.
Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.
4.15 petang. Sidang Akhbar
Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.
Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.
Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.
Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.
Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.
BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.
Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.
Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.
4.40 petang. Kenyataan Speaker Sivakumar. YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini! Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.
Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali. Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.
Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari. Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.
Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.
4.49 petang. Nizar : Saya akan segera mengadap Tuanku untuk mohon bubar DUN
Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Perak.
Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap kata Nizar dalam sidang media sebentar tadi.
http://greenboc.blogspot.com/2009/05/kronologi-tragedi-hitam-7-mei-2009.html -
Konsep Kepimpinan Ulama'
more
Oleh Ustaz Nasrudin Tantawi
Menyokong Kenyataan :
Soohibus Samaahah al Ustaz Mohd Daud Al I'raaqi dan Ybg Dato' Hj. Mustafa A'li
Soohibus Samaahah al ustaz Mohd Daud al I'raaqi Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat baru - baru ini telah menyuarakan pandangannya agar Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dikalangan ulama' .
Ybg Dato' Hj. Mustafa A'li Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga merupakan Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat turut menegaskan perkara yang sama ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kelmarin .Dato' Mustafa Ali adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang bertanggungjawab menggagaskan Kepimpinan Ulama' dalam PAS pada tahun 1982 yang lalu . Saya kira beliau antara yang paling layak untuk mempertegaskan apakah yang dimaksudkan dengan konsep Kepimpinan Ulama' .Beliau menyebut bahawa Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dikalangan ulama' sekaligus menyokong kenyataan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat yang baru - baru ini mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak termasuk sebahagian dari pemimpin parti sendiri .Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan pandangan kedua - dua tokoh tersebut . Saya memohon maaf berbanyak maaf dari semua pihak agar tidaklah pula saya menjadi sasaran kritikan selepas ini kerana menyokong pandangan kedua - dua tokoh pimpinan tersebut . Saya menyokong dan menyebutnya disini sekadar untuk berhujjah sementara saya menghormati pandangan - pandangan pihak lain .Melalui hujjah sokongan saya kelak , saya akan pastikan bahawa saya tidak akan menyentuh jauh sekali mempertikai dan mendedahkan keaiban peribadi sesiapa . Malah sememangnya sejak dulu saya sangat berhati - hati agar tulisan saya tidak secara terbuka mendedahkan keaiban individu - individu tertentu . Saya hanya akan mengkritik hujjah dengan maksud hujjah lawan hujjah atau pandangan dinilai dengan pandangan yang kedua .Konsep Kepimpinan Ulama'Benar saya sangat bersetuju bahawa tiada hitam putih dalam perlembagaan parti [ PAS ] yang menyebut mengenai kedudukan Presiden dan timbalannya mestilah dikalangan ulama' dan inilah yang menjadi hujjah sebahagian dikalangan kita untuk tidak bersetuju dengan pandangan Ketua Dewan Ulama' dan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat tadi .Namun begitu , semangat Kepimpinan Ulama' telah diterjemah tanpa sebarang pertikaian sejak mula Konsep kepimpinan Ulama' ini diterima pakai dalam parti dengan meletakkan Presiden , Timbalan Presiden dan salah seorang dari Naib Presiden adalah dikalangan ulama' . Sekian lama parti mengatur gerakkerja , mengkader jentera pelapis , memantapkan aqidah dan fikrah perjuangan dengan begitu lancar tanpa sebarang halangan dan pertikaian dikalangan ahli .Malah , menerusi konsep Kepimpinan Ulama' inilah [ yang turut menyaksikan gandingan hebat dan mantap golongan ulama' dan profesional ] PAS telah berjaya membawa pulang kemenangan demi kemenangan malah turut membawa PAS berwajah hebat dan gah di persada politik tanahair .Cuma kini , setelah PAS berada di mercu kejayaan maka timbullah pertikaian betapa Presiden dan Timbalannya tidak semestinya dikalangan ulama' . Lahirlah kalimah kepimpinan islam , Kepimpinan bertaqwa dan sebagainya bagi menjelaskan bahawa Kepimpinan Ulama' tidak lagi relevan masa kini . Mereka cuba untuk menggantikan konsep kepimpinan ulama' tersebut .Persoalannya kenapa sekarang timbul pertikaian ini ? kenapa sekarang konsep yang telah diterima pakai sejak sekian lama mahu dipertikai ?[ Apakah sejarah ulama' sepanjang abad akan berulang dalam parti ini ? Kita tentu masih ingat bagaimana nasib para ulama' yang turun ke medan juang memimpin ummah dan menggerakkan jihad menentang penjajah dan musuh - musuh Allah swt. di seluruh dunia , tetapi akhirnya apabila penjajah berjaya dihalau keluar dari tanahair mereka , maka golongan sekular naik menjadi pemerintah .Inilah yang berlaku kepada Tengku Dawud Beureueh di Indonesia [ beliau berjaya memimpin dan menggerak para ulama' dan pelajar pondok bangkit menentang penjajah ] , namun setelah berjaya menghalau Belanda , Tengku Dawud Beureueh dipenjara dan Sukarno yang naik memerintah negara sebagai Presiden .Demikianlah nasib para ulama' di negara - negara lain , [ sekadar menyebut beberapa contoh seperti Omar Mokhtar di Libya , Said Badiuzzaman An Nursi di Turki ] termasuk negara kita . Perjuangan menetang penjajah dimula dan digerakkan oleh para ulama' seperti Tuan Guru Hj. Hassan bin Munas di Pasir Puteh dan Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu yang akhirnya mereka di bunuh dan dibuang daerah , sementara yang mencipta nama untuk memerdekakan negara ialah Tunku Abdul Rahman yang tidak pernah menitis walau setitik darah dibumi bertuah ini .]Saya bimbang ulama' hanya dijadikan seperti penolak kereta buruk . Sewaktu kereta itu rosak dan tidak mampu dihidupkan enjinnya , maka ulama' dipanggil untuk menolak kereta tersebut agar dapat membantu menghidupkan enjinnya . Malangnya , sebaik sahaja enjin kereta itu hidup dan dapat meneruskan perjalanan , kereta dan pemandunya terus meluncur laju kehadapan tanpa menoleh kepada orang yang bantu menolak kereta tersebut . sebaliknya hanya ditinggalkan asap sahaja buat mereka jauh sekali mahu mendengar ucapan terima kasih .Apakah setelah ulama' berjaya mengembeling tenaga dan para kadernya sejak sekian lama membangunkan parti [ sehingga berjaya ke tahap ini ] , sekali lagi mereka akan makan asap ? asap hitam pulak tuu .....Terima Kepimpinan Ulama' ?Mereka berhujjah bahawa mereka menerima kepimpinan ulama tetapi Presiden dan Timbalan Presiden tidak mesti Ulama' . Sebaliknya kepimpinan ulama' itu dirujuk kepada tertubuhnya Majlis Syura Ulama' . " Lagi pun , mana ada dalam perlembagaan PAS bahawa Presiden dan timbalannya mesti ulama' ! .." begitulah hujjah dikemukakan .Pertama : Saya teringat hujjah popular yang digunakan oleh Al marhum Ustaz Buniyamin Yaacob apabila berdepan hujjah yang mengatakan , kenapalah PAS beria - ia benar mahu menegakkan negara Islam sedang Negara Islam tidak tercatat di dalam rukun Islam mahupun rukun Iman .Benar , tiada disebut mengenai negara Islam dalam rukun Iman dan rukun Islam . Tetapi ia menjadi semangat atau ruh yang mesti diperjuangkan setelah kita menerima rukun Islam dan rukun Iman . Samalah seperti basuh berak kata Al marhum ustaz Buniyamin . Perbuatan basuh berak tidak disebut dalam mana - mana rukun Iman mahupun Islam . Tetapi kenapa kita basuh berak ? atau ada sesiapa yang tidak basuh berak ? semata - mata kerana ia tidak termaktub dalam rukun Iman dan Islam .Maksud saya , walaupun ketetapan " Presiden dan Timbalannya mesti dikalangan ulama' " tidak termaktub di dalam perlembagaan parti , tetapi semangat dan ruh Kepimpinan Ulama' adalah begitu . Mesti Presiden dan Timbalannya adalah ulama' .Bagaimana mereka mendakwa bahawa mereka menerima konsep kepimpinan Ulama' tetapi tidak bersetuju Presiden dan Timbalannya dikalangan ulama' ?Konsep Kepimpinan Ulama' yang mereka faham itu bagaimana ? dimana mereka meletakkan ulama' dalam kepimpinan ini ? Apakah cukup sekadar ulama' berada di saf kepimpinan PAS pusat seperti yang lain ... Jika ini maksudnya , maka tidak perlulah konsep Kepimpinan Ulama' tersebut dipakai dalam parti . Sebab .... tanpa konsep ini pun ulama' memang sedia wujud di dalam saff kepimpinan PAS Pusat .Tentunya penerimaan konsep Kepimpinan Ulama' meletakkan keistemewaan tersendiri kepada parti di mana ulama' mesti diberi diberi kepercayaan untuk memimpin parti di kerusi tertinggi seperti Presiden dan timbalannya .Ini tidak pula bermakna parti menafikan sumbangan tenaga pihak lain seperti aktivis parti dan para profesional . Mereka tetap bernilai dan berharga tinggi kepada parti sebagai supporter group kepada kepimpinan ulama' .Kedua : Kalau kepimpinan Ulama' itu bermaksud Majlis Syura Ulama' , maka ia juga tidak menafsirkan keistemewaan Konsep Kepimpinan Ulama' yang diterima pakai selama ini . kerana .....Majlis Syura Ulama' ditubuhkan berfungsi bukan sebagai satu badan yang mengarah dan memimpin tindakan politik parti . Sebaliknya berfungsi untuk mengawal matlamat dan objektif perjuangan parti agar tidak terseleweng dari landasan syarak dan sekaligus berfungsi sebagai pemutus polisi parti dalam menetapkan misi dan visi parti .Kalau dirujuk kepada perlembagaan parti Fasal 7 perkara 3 (a) (b) (c) kita dapat memahami bagaimana Kepimpinan Ulama' tidak terhenti dengan penubuhan Majlis Syura Ulama' tetapi mestilah Ulama' memimpin tindakan politik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden .Kuasa Majlis Syura Ulamak menurutPerlembagaan PAS pindaan 2001 Fasal 7 3 (a) (b) (c)(a) Menghurai , menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana - mana peruntukan di dalam perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya .(b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana -mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak - kehendak dalam perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan , gerakan dan pentadbiran PAS .(c) Memelihara , menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik ahli - ahli jawatankuasa tatatertib PAS seperti yang diperuntukan dalam fasal 75 Perlembagaan ini .Kenapa Timbalan Presiden juga mesti Ulama'Timbalan adalah peganti kepada Presiden diwaktu ketiadaannya malah boleh dikatakan Timbalan Presidenlah bakal menggantikan Presiden pada masa yang akan datang secara tradisinya . Justeru itu , mereka yang mahu sampai ke kerusi Presiden juga mestilah ulama' . Saya tidak menyebut siapa ? apa namanya ? tetapi saya menyebut ulama' .Asal hukum wudhu' tidaklah wajib , tetapi apabila mahu mendirikan solat sedang solat itu hukumnya wajib dan wajib pula bersih dari hadas maka wudhu' menjadi wajib . Teori atau kaedah yang sama boleh dimanafaatkan , Oleh kerana Presiden mesti dikalangan ulama' , sedang timbalannya akan mengambil tempat Presiden dikala ia tiada atau berkeuzuran , maka timbalan Presiden juga mestilah dikalangan ulama' .Ulama' yang saya maksudkanUlama' yang tinggi ilmunya , beriman , bertaqwa dan beramal dengan ilmunya . Ulama' yang turun ke medan berjuang menegakkan agama Allah swt disamping itu , ulama' ini berkeupayaan menggerakkan jentera dan organisasi . Mengurus gerakkerja dan mengatur pentadbiran parti .Insyaallah , ulama' seperti ini ramai di dalam parti .Wajar dan syari'enya ulama' memimpin kerana ilmu dan taqwa yang mereka miliki . [ ertinya ulama' yang tidak bertaqwa atau ulama' as suu' ( jahat ) terkeluar dari perbahasan ini walau ia alim .]Ulama' ni banyak jenis . baru - baru ni heboh satu Malaysia marahkan sahabat saya ustaz Nik Mohd Abduh menyebut pasal Ulama' Mee Celup . Ada pula seorang mufti segera menyampuk bahawa tiada dalam Islam gelaran Ulama' Mee Celup . [ teringat saya pada seorang kawan saya yang digelar Wan mee Celup ]Islam melalui al quran dan sunnah nabiNya saw banyak tempat menyebut perihal ulama' yang jahat atau juhala' yang mengaku alim .[ saya tidak sempat membawa dalil naqli - jika perlu saya postkan kemudian insyaallah ]Ada ulama' bisu , ada ulama' suu' [ jahat ] . Tok Guru Nik Aziz sendiri pernah menyebut Ulama' Terompah Kayu dan saya selalu guna Ulama' Kuda Kepang . Ertinya ulama' yang berilmu tetapi mudahnya mereka tidak beramal dengan ilmu yang ada pada mereka . Menyembunyikan kebenaran dan menggunakan ilmu hanya kerana kepentingan periuk nasi , yang ini saya kata Ulama' Rice Cooker .Ustaz Nik Mohd Abduh sebut Ulama' Mee Celup tu untuk menggambarkan mereka yang jahil tetapi mengaku atau berlagak alim , akhirnya banyaklah salah dan silapnya dalam membawa kefahaman kepada ummah . Jika dia memang alim dan tahu Islam maka dia bukan Ulama' Mee Celup ..... usahlah gusar .
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/05/konsep-kepimpinan-ulama.html
Terkini Dari Warta Kedah
.