PAS Langkawi - UPU Ulu Melaka

VIDEO TERKINI WARTA KEDAH

Batang Air : Pengajaran penting buat Pakatan Rakyat


Oleh Masdar Wahid http://www.erapakatan.com/

KUALA LUMPUR : Sejak pilihan raya negeri Sarawak yang berlangsung pada 2006, satu-satunya Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlaku selepas itu di Bumi Kenyalang itu ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air yang menyaksikan BN mengekalkan penguasaannya dengan meraih majoriti lebih 1,000 undi, menewaskan calon Pakatan Rakyat iaitu Jawah Gerang yang bertanding atas tiket PKR.

Persoalannya, sejauh manakah PR di Sarawak mengambil iktibar berhubung kekalahan calonnya di DUN itu yang dikategorikan dalam kawasan luar bandar?

Rekod menunjukkan, bahawa sejumlah besar daripada 71 kerusi Dun di Sarawak adalah kerusi yang dikategorikan sebagai kawasan luar bandar

Faktor Kekalahan

Bagi Pengerusi PKR (Majlis Pimpinan Negeri) Sarawak, Baru Bian, faktor kewangan, media, sikap terlalu yakin calon yang bertanding selain tiada persefahaman sesama ahli dan penyokong antara faktor penyumbang kepada kekalahan PKR di kawasan itu.

Menurutnya, PR di Sarawak tiada media khusus untuk menyebarkan penerangan parti, mungkin boleh diatasi jika parti memiliki dana yang mencukupi.

"Selain kewangan, kita juga menghadapi masalah dari segi penyusunan ahli dan penyokong yang kurangnya persefahaman sesama mereka," katanya kepada erapakatan.com

Beliau menambah, sikap calon yang terlalu yakin juga adalah antara penyumbang kepada kekalahan ini.

Jawah tewas kepada calon BN yang juga muka baru, Malcom Mussen Lamoh dengan majoriti 1854 undi.

Untuk rekod, calon PKR itu merupakan bekas Ahli Parlimen (MP) Lubuk Antu selama lima penggal berturut-turut dan Dun Batang Air terletak dalam kawasan parlimen itu.

Undang-undang Pilihan Raya

Mengulas isu yang sama, Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Addy Aliyanni berkata, keputusan PRK bagi Dun Batang Air harus dijadikan iktibar penting buat semua komponen PR untuk mendepani BN pada pilihan raya negeri akan datang.

Beliau memberitahu antara iktibar yang perlu diambil perhatian ialah berhubung pemahaman ahli dan penyokong berkaitan peraturan pilihan raya bagi memudahkan segala jentera pilihan raya berjalan lancar.

Menurutnya, ilmu seumpama itu penting kerana ia cukup membantu apabila berdepan dengan pelbagai karenah petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sering memihak kepada BN.

Beliau yang turun bersama kira-kira 60 penyokong dan ahli Pas ketika berlangsungnya PRK itu memberi contoh bagaimana wakil calon PR dinafikan hak untuk hadir semasa pengiraan undi berlangsung.

"Wujud keadaan di mana pengiraan undi dikira seawal pukul tiga petang sedangkan waktu itu proses membuang undi masih lagi berjalan.

"Lebih malang lagi, apabila pengiraan itu dilakukan tanpa kehadiran wakil calon dari PR,

"Dalam keadaan seperti ini, pelbagai manipulasi boleh berlaku yang akhirnya memenangkan calon BN," tegas beliau yang juga calon Pas bagi Parlimen Batang Lupar pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Beliau yang berkampung di Dun Batang Air sehinggalah keputusan diumumkan memberitahu, polis turut merampas bendera Pas semasa berlangsungnya PRK itu yang disifatkannya sebagai melampau dan berat sebelah.

Pembangunan ala 'mee segera'

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Wan Zainal Wan Senusi, berpendapat, BN sebenarnya tetap gagal dalam PRK itu kerana hanya berjaya meraih undi tambahan antara 800 hingga 900 undi walaupun selepas berbelanja ratusan juta ringgit.

"Kemenangn BN sebenarnya tidak berbaloi kerana mereka hanya menambah kira-kira 800 hingga 900 undi walapun berbelanja RM100 juta dalam PRK itu selain beberapa janji pembangunan 'mee segera' yang ditabur di sana sini.

"Persoalannya, sudah tertunaikah segala janji-janji itu?" katanya.

0 comments:

Leave a Reply

Video Pilihan

LOKASI
Untuk Peta Yang Lebih Besar

BORAK-BORAK

ShoutMix chat widget

Pautan Blog DAN LAMAN WEB